Skip to main content

Posts

Aku dan Zaman Belajar

Semakin menghampiri tiga tahun sebagai seorang penolong editor. Masuk dengan tangan kosong, tanpa bekal ijazah, dan tanpa pengalaman dalam dunia pekerjaan. Orang kata, kalau sudah rezeki, akan ada jalan. Sejak tahun pertama, hati sekejap mahu, sekejap tolak untuk kembali belajar. Oh, aku gagal dapat ijazah kerana banyak kali gagal dan mendapat pointer yang sangat rendah hingga akhirnya terkeluar daripada universiti.. Aku pernah memohon semula untuk belajar, dan menolaknya atas alasan mahu bekerja dahulu, dan selepas hampir 3 tahun, rasa itu kembali, namun hati yang perlu dipujuk lagi. Ada banyak hal yang perlu ditimbangkan lagi... Sebab sekarang aku tidak lagi perlu meminta duit dengan orang lain, jika aku kembali belajar, hal kewangan perlu aku fikirkan... Ketika diri sudah tua begini, tidak mudah untuk membuat satu-satu keputusan. Ya, jika ditanyakan, siapa yang tidak ingin berdiri di atas pentas meggenggam ijazah. Walaupun dahulu aku berpendapat boleh bekerja tanpa ijazah, a...

Orang Sibuk

Beruntunglah jika anda menjadi orang yang sibuk. Kerana hanya orang yang sibuk tahu menghatgai masa. Dia tiada masa hatta untuk menjeling ke arah telefon genggamnya. Dia akan merancang agar semua kerja boleh dilaksanakan pada masanya. Demikian orang sibuk. Dia sibuk tapi dia tidak menyibuk. Ada sahaja tugas yang akan dilakukannya. Ada sahaja perkara yang akan diselesaikannya. Alhamdulillah, jika engkau orang yang sedang sibuk. Sibuklah dengan kebaikan bukan sibuk cari kesalahan. Sibuklah dengan al-Quran agar itulah yang akan jadi peneman kala susah. Jamilah, sibukkanlah dirimu sebab masa lapang hanya buat kaulupa berapa banyak masa yang sudah engkau bazirkan.

Catatan Sebelum Esok

Esok belum pasti kau akan nikmati. Namun engkau sudah berbicara sedang esok, sedang hari ini engkau kecewa lagi. Bagaimana hari ini yang kaulalui tanpa nikmat rasa "sibuk" dan kau hanya termangu. Diam dan kaku di tempat sendiri. Seakan hilang sudah daya untuk kau "mengusik" seperti biasa. Awak tahu apa itu rasa janggal? Apabila kawan yang engkau jumpa hari-hari, esoknya engkau rasa segan nak tegur dia. Awak rasa ada jarak yang memisahkan. Awak rasa janggal. ...sebab hati kau kotor. Hubungan kai dengan manusia jado rosak. Diam. Dia minggu aku hanya berdiam diri. Cuba untuk buat-buat sibuk dengan hal yang tidak sibuk. Dan aku terasa lelah. Fizikal dan mental...

Kembali

Mahu aku kembali di sini. Tempat aku lebih bebas mencurah rasa. Menuliskan semuanya. Bukan di dinding facebook atau instagram. Ada rasa yang memanggil agar aku kembali... di sini. Selamat kembali, manuskrip bawah meja kembali berfungsi. Insya-Allah. Cuba untuk aku menulis kembali, selepas status di facebook sedang aku cuba untuk padamkan, dan diamkan diri di sana. Aku rindu bersunyi di sini. 😊
Awak mesti menulis. Itu kata dia. Dan aku seperti biasa menolak. Adakah aku menunggu sesuatu terjadi sebelum tersedar?:( "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Maafkan aku. Tersentap dengan perbualan tadi. Rasa nak nanges.

Perbualan Durrah-Ibtisam

Durrah: Mengapa kau tuliskan tentang perkara itu? Ibtisam: Sebab tak semua benda aku ingat. Banyak hal aku lupa. Dengan menuliskannya, aku akan ingat. Bila aku membacanya, aku kembali ke masa itu. Durrah: Yalah. Kau tulis, kau juga suka padam bila kau rasa tak perlukannya. Ibtisam: Aku cuba. Cuba untuk menulis dan tidak menekan butang delete itu. Status Facebook 11 Ogos 2015 ‪#‎ ilahusnabebel‬   ‪#‎ kisahdurrah‬