Skip to main content

Posts

harus kembali

Walau hakikatnya dunia tulis belum ditinggalkan, tetap warna sunyi yang melatari ruang blog ini. Ogos bakal kembali, dan aku mesti kembali menulis di sini. Menukang sesuatu untuk diri sendiri. Mencatat, menconteng dan bercerita. Aku akan kembali. Insya-Allah. 

Buka hatimu untuk pelajaran baharu

Dia ingin melangkah jauh. Yang menghalangnya adalah kaki yang enggan melangkah. Akal yang enggan bekerjasama untuk merealisasikan apa yang diinginkan oleh jiwa. Bukalah! Bukalah hati untuk semuanya. Untuk yang lebih baik. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Tidak Tertahan untuk Kembali Menulis

Selesai kebatuk-batukan dan peperangan emosi dengan diri sendiri, Durrah kembali. Selepas semalam -dia sangat bimbang apabila ada perangai luar alam dia mulakan langkah- buat hal, barulah dapat ke tempat kerja dengan semangat yang lebih waja. Biasalah. Untuk memulakan isu baharu, ada kerehatan minda yang diperlukan sebelum kembali bekerja. Nak hidupkan enjin itu kadang ambil masa lama, ada ketika laju sahaja semangat itu menderu-deru datang. Walaupun aku seorang manusia yang bekerja dengan kertas, namun tulisan-tulisan yang disunting tetap memberi kesan emosi kepada si penyunting. Alhamdulillah, untuk semuanya. Untuk dua tahun aku bertahan di sini. Dengan jutaan rasa yang kadang baik, kadang mengganas, kadang menyepi.... manusia namanya.... Sediam-diam aku masih punya rasa. :) *merepek* Bukan tidak boleh hanya menuliskan semua cerita dalam diari. Menconteng di bebel di media sosial, rindu lagi untuk kembali ke ruang ini. Lama sekali Durrah tidak melontarkan rasa-rasanya di s...

Setahun Sebelas Bulan Empat Hari

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Setahun sebelas bulan empat hari. Solusi 54-76 (terkini)... Betapa tidak terkejar masa yang kian mengejar dan makin deras meninggalkan.  Mengejar dan dikejar jangan sampai terkejar-kejar. Kejar yang boleh dikejar agar nanti kerja tidak terkejar-kejar. Yang perlu selalu dikemas kini, niat dalam hati. Apa tujuan kau masih berdiri di sini? Demi wang, pengalaman atau Tuhan? Apa yang kau niatkan itulah yang ternampak pada diri kau walaupu tidak terzahir. Sangat susah. Payah berperang dengan perasan sendiri. Tetapi diri sendirilah yang tahu sebab keberadaan itu. Buat dengan senyum dan cuba lakukan yang terbaik. Salah, salah dan salah.... Buat, buat dan buat lagi. Tiada istilah mengalah atau menyerah kalah. Hasilnya walau bukan kita yang nampak, akan ada. Macam datuk-datuk kita dahulu menanam pokok-pokok, yang hasilnya ada mereka nampak, ada yang kita rasa! No limit! Try and t...

sakit

Sakit datangnya tidak lama. Soalnya, bagaimana kau menghadapi kesakitan itu. Cari ubat atau biarkannya melarat? Diberikan kesakitan bersama ubat. Jangan dibiar sakit sampai melarat.

Cakap

Untuk seorang dia, bercakap tidak mudah. Yang memang peramah memang tiada masalah, boleh bertutur dengan lancar dan sangat baik. Tidak bagi dia. Dalam mesyuarat, dia yang paling tiada idea dan cadangan. Semasa dalam ramai, dia yang paling diam dan hanya dengar. Bila diminta pandangan, dia lebih banyak diam dan kata, tak tahulah.. tak reti nak komen.. dan lain-lain ayat mengelak diri. Seronok bercakap, tapi bercakap sesuatu yang paling sukar dia lakukan. Lebih sukar daripada berjalan seorang diri dalam sebuah pasaraya... Ah, itu semua halangan yang ada dalam diri kau, bukan? Kau tak pernah pun berusaha untuk mengatasi semua tu. Kau tak pernah cabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa. Kau tak pernah bertindak, memang engkau tidak akan dapat. ...tolong cabar diri sendiri!