Skip to main content

Posts

Daripada Aku, Buat Awak (1)

Awak, pernah awak bayangkan suatu hari awak terjaga dan jasad awak bukan di katil tiduran awak. Awak berada di satu tempat asing... tempat asing yang awak tak pernah mimpikan. Warna putih, bau ubat... Aku tahu, membayangkan kemungkinan dan berimaginasi liar tidak baik! Ini bulan Ramadan. Aku ingat lagi, awak selalu cakap dengan aku, "Awak tak boleh fikirkan yang tidak, bayangkan yang tidak-tidak. Kiranya saat kau katakan itu masa doa termakbul... bukankah mengundang kesakitan buat diri sendiri?" Awak, mengapa kejanggalan itu masih sangat aku rasakan? Sebab aku jauh daripada Allah, kan? Aku selalu dengar orang cakap hubungan dengan Allah selesai hubungan dengan manusia cantik. Awak, hidup baik-baik ya. Ada jodoh kita bertemu lagi dalam penulisan ini. Aku tak tahu sampai bila dapat bertahan dan mempertahankan. Doakan aku ya awak. Aku.

Apa yang Kau Kejar

Seringkali kita nampak dan ingin yang tiada depan mata. Macam mengejar fatamorgana yang nampak macam nyata hakikatnya tipuan semata-mata. Kata syukur. Yang digabung dengan sabar. Sebab syukur melahirkan sabar. Sabar dengan semua perkara. Sabar juga dengan diri sendiri. Bercakap hal ijazah yang tidak selesai itu, jawapannya aku tidak sabar. Ya, lain-lain sebab banyak sebab main-mainnya aku dengan diri sendiri. (pengajaran), hakikatnya kesabaran itulah. Sabar belajar yang tak ada. Dan sekarang. Sudah elok-elok bekerja, terfikir-fikir mahu belajar semula. Memang aku tidak fikir lain. Ijazah. Atau paling kurang diploma. Memang tidak apa tidak ada, tetapi kena ada sebab kehendak pasaran. ;) Sebab orang tidak akan pandang pengalaman, orang akan lihat sijil jua akhirnya. Baik. Ya, mungkin akan ada kata-kata, apa yang kamu mahu kejar? Nak kejar ijazah? Tidak lagi... Dah makin tua begini, yang dimahukan adalah isi pengajian itu... Sebab dunia kerjaya tidak melihat sijil untuk kau b...

Kembali

Sudah dua bulan aku tinggalkan laman ini sunyi tanpa bicara. Bukan mahu berhenti menukil kata, tetapi saat rasa itu hilang, aku hiarkan laman ini bisu. Banyak cerita. Banyak kisah. Kadang terasa kejam membiarkannya hanya diam dalam diri. 7.6.2014, aku menuliskannya kembali. Ya, kisah seharian hidup aku... Semalam, dua hari lepas, tiga hari sudah, hanya badan yang ada di alam nyata, sedangkan hati, akal dan kepala fikir melayangnya lain macam. Kepala buat hal. Denyutannya makin menjadi-jadi, sampai aku hilang mood. Sampaikan rancangan untuk keluar bersama suhada aku terpaksa batalkan. Terasa mahu berehat aja. Malah datang kerja pandang skrin, tidak dapat mencerna apa yang tertulis. Tulisan sudah double, berpinar  rasanya... Aku harus bercuti sebentar. Itu yang aku tahu. Lalu, jumaat itu, hari ketiga 'blur' aku hanya bekerja separuh hari. Waktu rehat itu, aku pulang juga. Ke klinik seketika. Bla. Bla. Bla dengan dr, dia hanya periksa suhu dan beri ubat ikut simptom y...

Baris kata-kata untuk Jiwa

31 Mac 2013. Aku tidak pasti pada masa ini, pada tarikh ini apa yang sedang aku lakukan. Yang pasti ketika itu aku dalam tempoh percubaan sebelum menjadi staf tetap di sini. Aku, seorang naif yang berada dalam sebuah syarikat gergasi. Ironi. Tapi itulah realiti. Siapakah yang dapat menafikan rezeki. 31 Mac 2014. Walaupun blog ini sudah agak lama aku biarkan tanpa kata, malam ini –malam 1 April 2014, hati dipanggil-panggil untuk aku kembali mencoretkan sesuatu. Bukanlah untuk dibaca sesiapa –aku tahu bukanlah ada sesiapa yang membaca melainkan aku jua- aku mahu meneruskan catatan di sini. Manuskrip bawah meja yang mencatatkan banyak kenangan dan kata-kata yang kini jadi kenyataan. Maka perhatikanlah tulisan sendiri. Aku ingin bercerita tentang aktiviti harian. Tentang dunia editorial yang sedang aku gulati sekarang. Dunia yang aku terjun tanpa bekal pendidikan formal. Sudah lebih 13 bulan aku di sini. Sudah lebih 13 aku menjadi warga Majalah Solusi yang sebelum ini aku baca dan ...

sebelum menginjak jam 3

Indah sebaris kata yang tertulis, Bersama harapan aku kembali menulis Sedang semangat makin menipis Rasa halus itu belum dapat aku tepis. ... Ada ketika tulisan yang kau rasakan biasa itulah yang beri makna. Dan aku Akan membiarkan kata-kata yang termaktub dalam manuskrip bawah meja ini. Tulisan seseorang bernama ila husna. ... Sudah sejauh ini aku dibawa melangkah, moga ada barakah.
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Silent Mode