Skip to main content

Posts

Baris kata-kata untuk Jiwa

31 Mac 2013. Aku tidak pasti pada masa ini, pada tarikh ini apa yang sedang aku lakukan. Yang pasti ketika itu aku dalam tempoh percubaan sebelum menjadi staf tetap di sini. Aku, seorang naif yang berada dalam sebuah syarikat gergasi. Ironi. Tapi itulah realiti. Siapakah yang dapat menafikan rezeki. 31 Mac 2014. Walaupun blog ini sudah agak lama aku biarkan tanpa kata, malam ini –malam 1 April 2014, hati dipanggil-panggil untuk aku kembali mencoretkan sesuatu. Bukanlah untuk dibaca sesiapa –aku tahu bukanlah ada sesiapa yang membaca melainkan aku jua- aku mahu meneruskan catatan di sini. Manuskrip bawah meja yang mencatatkan banyak kenangan dan kata-kata yang kini jadi kenyataan. Maka perhatikanlah tulisan sendiri. Aku ingin bercerita tentang aktiviti harian. Tentang dunia editorial yang sedang aku gulati sekarang. Dunia yang aku terjun tanpa bekal pendidikan formal. Sudah lebih 13 bulan aku di sini. Sudah lebih 13 aku menjadi warga Majalah Solusi yang sebelum ini aku baca dan ...

sebelum menginjak jam 3

Indah sebaris kata yang tertulis, Bersama harapan aku kembali menulis Sedang semangat makin menipis Rasa halus itu belum dapat aku tepis. ... Ada ketika tulisan yang kau rasakan biasa itulah yang beri makna. Dan aku Akan membiarkan kata-kata yang termaktub dalam manuskrip bawah meja ini. Tulisan seseorang bernama ila husna. ... Sudah sejauh ini aku dibawa melangkah, moga ada barakah.
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Silent Mode

okey.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Hampir sebulan aku biarkan blog tanpa kata. Hampir sebulan tidak tambah nilai wifi, dan hari ini berjaya melakukannya.. Hampir sebulan Februari... dan akan meninggalkan aku, jadi kenangan Februari yang manis, Februari yang mengajakku berlari, tetapi aku sekadar berjalan. Februari yang lariannya terlalu laju,aku ditinggalkannya. Bakal mendatangi ASWARA, Sudah setahun di alam kerjaya. Ingin pulang ke kampung,tetapi belum diizinkan. Merindui... Kita tidak mungkin mendapat semuanya.. tetapi apa yang kita dapat itu yang terbaik. tulisan, ah, aku hanya tahu mencurah, tanpa fikrah!

Tulisan penuh lawan tulisan singkat.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Menulis menggunakan tulisan penuh melatih diri sendiri supaya tidak 'tersasul' dengan tulisan 'kontot' bila perlu menulis penuh. Ya, SMS terlalu pendek untuk terlalu banyak menulis. Jika yang jadi yg, orang = org... yang biasa dan semua faham, baik, diterima. Tetapi jika terlalu menjadi amalan dan singkatannya tidak semua difahami, boleh menyebabkan salah faham, dan mesej tidak sampai. Jika untuk peribadi, ya boleh diterima sebab masing-masing faham. Jika dalam media; untuk rancangan televisyen misalnya, kasihan juga pada pengacaranya..Jika tersalah baca? Berbicara dengan tulisan, tiada wajah difahami pembaca ikut yang dia faham." -anonimus. "Bukanlah saya membantah menulis singkat-singkat sebab masa terbatas, mahu cepat... tetapi ayuh biasakan menulis tulisan yang cantik di mata tak disalah tafsir atau salah faham." "Kasihan amat. Bay...

Membaca

Membaca semula entri Manuskrip Bawah Meja , memang membaca kelakuan diri sendiri pada masa-masa silam. Kenakalan, kelakuan luar alam, luahan, kata-kata untuk diri, jatuh bangun seorang dia hakikatnya ditulis oleh diri sendiri dalam blog ini. Hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh diri sendiri, yang aku sendiri menuliskannya untuk dibaca oleh sesiapa sahaja. Ya, apabila tertulis di alam maya, bererti kau membenarkan diriku terbuka untuk sesiapa sahaja. Lebih enam tahun aku menuliskannya dalam blog ini. Beberapa kali bertukar url, akhirnya jamilahnorddin jua yang tertera sebagai pilihan aku untuk blog sendiri. Ya, entah berapa banyak blog yang pernah dihasilkan, akhirnya aku hanya mengekalkan yang ini. Sebuah medan memori yang memuatkan kisah-kisah lebih enam tahun ini. Memang tidak semuanya akan didedahkan -oh, mana mungkin-, tetapi membacanya, akan tahulah ketidaksempurnaan yang diceritakan itu. :) Di sini, aku dipertemukan dengan beberapa insan. Ada yang berbicara hanya dengan li...

Januari Semanis Ceri

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 1 Pastinya 2014 yang datang membawa sinar baharu. 2013 sudah menjadi sebuah kenangan bersama peristiwa demi peristiwa yang menjadi sebahagian sejarah. Maha Pengasihnya Dia yang masih memberikan rezeki. Kadang terasa rezeki kurang, hakikatnya rezeki yang dapat sangat cukup untuk diri. Allah. Aku tidak tahu, sedang Engkau Maha Tahu. 2 Januari bermula cantik. Walaupun tidak banyak buku yang dapat dibaca, sekurangnya setiap hari berlalu dengan ada muka surat buku yang dibaca. Amanah membaca buku yang sudah dibeli 2013, ditambah dengan buku yang mula dibeli untuk 2014, perlu diusaha untuk dilunaskan pembacaannya. Target 60 buah semoga tercapai. Tahun lepas main tipu. Daripada 60 buah aku kurangkan sendiri jadi target 50 buah. 3 Januari semanis ceri. :) 4 2014, aku memilih untuk tidak menyambung belajar lagi. Hajat di hati tetap ada. Namun, aku perlu berada di sekolah ini da...