Skip to main content

Posts

Novel Tarbiah Remaja

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Sebenarnya banyak judul-judul lagi diterbitkan Galeri Ilmu Media Group atas label Novel Tarbiah Remaja. Saya kongsikan di sini beberapa buah yang sudah saya baca. 1) Friends Forever, Ila Husna. Yang pertama, katakan tentang novel sendiri dahulu. Ini karya sulung saya, jadi yang pertama tentu banyak kurangnya. :)  Mahu tahu kisanhnya boleh baca catatan mereka. 1) coretan Rinzuas 2) alif nun alif site 3) Faaiz d.Zul 4) Ina Nailofar 5) nadyaz alias 6) Sinopsis FF 2) Nota Untuk Nurissa, Dissa Azmin. Beliau seorang surirumah sepenuh masa yang menulis. Kagum dengan para ibu yang punya masa untuk menulis. Kata beliau, beliau akan catatkan dialog demi dialog sebelum menulis. Kisah perubahan seorang gadis bernama Nurissa. Ada banyak kata-kata semangat boleh dikutip. Jujurnya, mungkin kelancaran penulisan dalam buku ini harus ditingkatkan. Ada juga ayat-ayat yang terasa se...

Simpan Untuk Yang Halal, RInzuas

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Rinzuas, pemilik blog Sidratul Muntaha antara teman yang dikenali melalui penulisan sebelum Allah izinkan kami bertemu penghujung 2012. Menurut beliau, "Simpan Untuk Yang Halal" sudah lama ditulis, dan hasil istikharah meyakinkan beliau untuk menghantar manuskripini ke JS Adiwarna. Sinopsis di Goodreads : Ini kisah pencarian seorang ‘Zulaikha’ yang mencari ‘Yusuf’nya. Diari hijau muda menjadi saksi liku-liku hidup Hani Zulaikha dari alam remaja sehinggalah ke alam dewasa. Hani Zulaikha, dia bukan sembarangan gadis. Ketegasan dan sikapnya yang prejudis terhadap kawan-kawan yang mula berpasang-pasangan (lelaki dan perempuan) telah mengundang ujian buatnya. Benarlah, kita selalunya diuji dengan apa yang kita katakan... Hani Zulaikha jatuh cinta dengan Mohamad Faris. Ah sudah... Tetapi, nama lelaki itu hanya berani dia coret di dalam diari hijaunya. Cintanya pada...

Tawaran Menyertai Kembara Penulis Muda ke United Kingdom

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. *** Saya mula-mula melihat iklan ini  di page Alumni Penulis MPR. Saya salin sepenuhnya iklan ini daripada laman itbm _________________________________________________________________________________ Tawaran Menyertai Kembara Penulis Muda ke United Kingdom 10 Mar 2013 - London, United Kingdom SIARAN MEDIA  TAWARAN MENYERTAI KEMBARA PENULIS MUDA KE UNITED KINGDOM Program   Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom Tarikh   10-19 Mac 2013 Lokasi   Sekitar Kota London, United Kingdom Penganjur   Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) Latar Belakang   Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom  yang akan diadakan pada Mac 2013 merupakan sebuah projek nasional bagi “membuka horizon minda” penulis muda melihat perkembangan dan situasi bidang penulisan serta kesusasteraan di duni...

Diari Aqilah

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Lalu, senyum terukir melihat catatannya. Cepatnya masa, dan Aqilah sudah berusia 11 tahun. Dia makin menuju usia remaja. Akak, nanti simpanlah diari yang telah kamu tulis. Rakaman pengalamanmu sejak tahun lepas yang kamu tulis akan abadi saat kau rakamkan ia dalam penulisan. Maaflah, acu 'pinjam' baca diari itu. Dia menulis dengan jujur. Kisah dengan keluarga, kisah di sekolah. hihi. Tersenyum acu membaca. Acu dahulu pun tidak sempat melakukannya. Seingat acu kalau pernah menulis pun mungkin usia 12 tahun, acu mula menulis. Namun diarinya tiada lagi. Semoga Aqilah sentiasa menjadi kakak yang baik. Sedar-sedar aku mula melihat dia menuju remaja. Makin matang dan bijak. Akak, semoga nanti akak juga akan menulis buku sendiri. yang menulis, Acu Jamilah.

Novel Tarbiah Awal Remaja

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Buku-buku dibaca 2012, namun baharu hari ini terasa mahu berkongsi mengenainya. Semua novel awal remaja ini diterbitkan Galeri Ilmu. Alang-alang sudah baca, eloklah tulis sedikit catatannya. 1) Eee ... Sayur. Resha Hamzah & Azlan Ismail "Acu. Akak baca buku ini. Akak sudah salin resepi jus Jus Lobak." beritahu anak saudara saya selesai membaca buku ini. Dia tidak sukakan sayur,lalu saya hulurkan buku ini. Pada awalnya seperti berjaya, namun sebenarnya dia masih tidak makan sayur. Eee... Sayur mengajak kanak-kanak menyukai sayur. Ini satu usaha murni, sebab dalam sayur banyak kebaikannya. Ceritanya ringkas dan bahasanya santai. Ada gambar-gambar sayur. Ada cerita mimpi dengan sayur gergasi. Buku harus baca mereka yang tidak menyukai sayur. Tidak hanya kanak-kanak, remaja dan dewasa juga yang tidak menggemari sayur juga harus baca. ... menunggu kisah seterus...

Perjalanan 2005-2009 :Catatan Dalam Kenangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. PERJALANAN PENULISAN JAMILAH -Mac 2005- 'Vila Igauan' cerpen pertama aku yang tersiar di Dewan Siswa. Harapnya ia menjadi inspirasi untuk aku lebih berjaya pada masa hadapan. -Mei 2005- dapat tawaran ke Minggu Penulis Remaja di Negeri Sembilan, Tak dapat menghadirkan diri kerana masa yang terlalu suntuk. -Jun 2005- Sajak aku 'pesanan ibu padaku' tersiar. Semoga aku terus berkarya. -catatan- Aku semakin bersemangat mencungkil bakat. Setakat ini telah terhasil 3 cerpen dan beberapa buah sajak... Mungkin belum bermutu. -catatan- aku sedang berusaha mencipta karya-karya aku. Suatu hari nanti aku akan hantar kepada syarikat penerbitan. Suatu azam... -3 September 2005- Cikgu Zaini 'cabar' aku hasilkan sebuah cerpen eksperimen tentang kehidupan tanpa wanita. Buktikan Jamilah boleh. -nak pos puisi, harapnya akan tersiar. - 1 November 2005- Sekarang aku...

Kisah i, ii, iii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. kisah i, Norliyana Aqilah Usai Zohor semalam, aku menapak ke rumah kakak yang letaknya sekampung denganku -Kampung Bukit Kabu-. Aqilah: Acu, kad yang akak buat hari tu ada dalam Asuh. Kawan akak tunjuk di sekolah petang. Akak tak ada Asuh tu. Acu: Oh, ye ke! Acu dah bulan tidak beli Asuh. Dan yang terbaharu, aku hanya membeli ASUH Februari. Mungkin harus mencari edisi yang memuatkan karya anak saudaraku ini, buat disimpan kenang-kenangan. Kata ibunya, dia boleh menulis karangan bahasa Melayu. Aku suka memberi pinjam -acu sayang nak beri terus- buku untuk remaja untuk dibaca. Asal sahaja buku itu tidak terlalu tebal, jika tidak dia tidak terima. Aqilah, Acu doakan akak terus membaca dan menulis. Tulis diari juga satu latihan. Siapa tahu nanti akak pula terbitkan buku sendiri. :) Kisah ii: Muhammas Syauqi Abang -panggilan aku kepada Muhammad Syauqi- mengajak aku menemaniny...