Skip to main content

Posts

Tarikh Itu

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 18 Muharam, benarkan aku catatkan sesuatu pada tarikh istimewa ini bergandanya setahun usia berkurangnya setahun perjalanan di dunia. 18 Muharam kadang aku ingat banyaknya aku lupa lebih mengenang 20 Ogos Kata yang pernah aku dengar tidak perlu menyambut hari lahir kata aku benarkan aku mengingat seseorang yang melahirkan aku. Al-fatihah buat ibu yang melahirkan aku.  hampir sembilan tahun bersama tidak banyak yang kukenal tentangmu namun aku pasti dia ibu terbaik! ke mana ibu pergi, aku ekori. majlis mana ibu hadiri, aku bersama tidak semua, tidak sampai sedekad kami bersama Allah sayangkan dia. Ayah, tanpa dia bagaimana aku membesar ayah yang baik ayah yang sangat baik! ayah terbaik buat aku. Kakak-kakak yang setia melayan adik bongsunya Semoga Allah jaga kalian. Insan istimewa yang adir dalam diri aku terima kasih. angka 24, akankah punya...

...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Allah Maha Mendengar dan memberikan yang terbaik. Tentang semalam. SATU Maghrib. Saya teringatkan teman bernama Nur Suhada. Gadis manis yang sedang belajar di ASWARA. Hati tergerak mahu menghantar mesej, tetapi saya tangguhkan. Dalam hati berkata, mungkin dia sibuk dengan tugasan dan saya enggan mengganggu. Pagi, setelah terjaga daripada lena panjang. Buka fb, ada mesej. Subhanallah. Nur Suhada titipkan pantun. DUA Pagi awal benar. Saya melihat senarai 'friend' di fb yang 'online' awal pagi. Ada nama teman sekolah yang sudah lama 'friend' di fb tetapi belum pernah saya tegur. Hati tergerak mahu hantarkan mesej, tetapi tidak jadi. Beberapa minit kemudian, "Assalamualaikum. Jamilah sihat. Lama tak dengar khabar." Seorang teman sekolah hantarkan mesej. Subhanallah. Siapa yang gerakkan hari mereka jika tidak Allah. Allah. Nikmat apak...

STATUS FB [SATU]

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Adik, dapat duit buku jangan lupa berikan pada ayah. Biar ayah juga rasa duit buku tu." "Orang nak beli almari buku barulah dapat duit nanti." "Hm, tak apalah. Tapi jangan lupa beri pada ayah juga." *Ayah, yang ada seorang itulah. Ayah yang jaga aku sejak aku kecil sampai sekarang. Ayah yang tetap menghulur wang setiap kali aku pulang. Ayah yang  menghantar aku ke stesen bas Kulim setiap kali aku akan pulang ke Kuala Lumpur hingga aku tidak perlu lagi menaiki bas 56 yang makin uzur. Ayah yang dulu setia menghantar aku menaiki motosikal dari Mahang ke Baling walaupun ada ketika aku tersengguk di belakang sebab lamanya perjalanan. Ayah yang aku ada seorang itulah. Sudah banyak kali dapat 'honoranium' belum sekali ayah merasa. *Allah, jagalah ayah saya dalam kesihatan yang baik dan rahmat-Mu.

Cerita Pagi Isnin Pertama Setelah Pulang Dari Kampung

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. [cerita pagi Isnin: "prakk." Bunyi itu terdengar setelah beberapa saat dia duduk di atas katil. "Bunyi apakah?" Melihat apa yang menjadi mangsa, rupa-rupanya cermin mata bingkai hijau miliknya. Cermin mata lama miliknya selamat dihantar pulang ke kampung. Semoga sakitnya cermin mata itu dapat dibaiki. Hanya perlu sambungkan tali yang putus. Terasa sedikit aneh setelah lama kaca mata tidak dia tinggalkan, apabila yang dilihat hanya nampak objek kabur. Dan kejadian ini berlaku beberapa minit selesai baca ayat ini dalam Diari Mat Despatch Naluri Ayah : "...Begitu juga sekiranya kita bergaji RM100, tetapi kita bekerja seperti orang yang bergaji RM30. Walaupun kita dapat RM100 itu, tetapi mungkin ia akan ditolak melalui duit hilang, motosikal rosak, anak sakit ...  (m/s23)" *** Alhamdulillah. Nikmat apakah mahu kamu dustakan? KAta ayah, "duit yang ...

Aku Pulang

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Pertama. “esok nak balik rumah, ambil barang dalam laptop kak Ina.” “okey.” Petang Khamis, bersamaan 1 Muharam aku langkahkah kaki ke Stesen Puduraya, mendapatkan tiket untuk pulang ke kampung. Lama juga menanti. Tiba di Pudu Sentral jam 12 tengahari, naik bas jam 4.30 petang. Aku tidak berani menaiki bas selain Plusliner yang terus membawa aku ke stesen bas Kulim. Tepat jam 9 malam aku tiba di Stesen Kulim dijemput ayah. Kedua. Pulang ke rumah tanpa membawa walau sebuah buku pelajaran. Semuanya aku tinggalkan di UIA. “Studylah.” Kata kakak. “Orang tak bawa balik buku la.” Aku memberi alasan. Jika bawa pulang buku pun aku tidak sentuh, kali ini aku hanya bawa pulang buku-buku yang tidak mahu aku gunakan lagi. Semakkan bilik di mahalah sahaja tinggalkan buku di UIA. Wah, almari sudah hampir penuh, siapa mahu hadiahkan almari buku baharu? Almari yang ada dibeli kaka...

Resensi Friends Forever : Rinzuas

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Terima kasih rinzuas, menulis resensi di Goodreads.  Rinzuas, pemilik blog bernama sidratul muntaha sudah menerbitkan buku sulungnya dengan JS Adiwarna bertajuk Simpan untuk Yang Halal. 

TiVi

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Kredit  adik suka tonton tivi macam -macam cerita daripada kisah cinta sampai berita. minggu itu, adik ada kerja perlu dihabisi, seminggu berkejar sana-sini adik tidak sempat menonton tivi, adik rasa ada tenang masuk dalam diri. adik tidak sibuk mengikut siri drama, adik tidak asyik kutuk sini-sana, adik hanya dengar berita dengan telinga dan baca. adik rasa lain. ada bezanya malam-malam adik. adik boleh habiskan kerja sekolah, adik boleh tidur lebih awal, adik boleh ke majlis ilmu. adik senang bangun pagi. malam itu, adik menonton tivi, dan esoknya, adik susah bangun pagi! tidak seperti semalam tanpa tivi. TiVi, impaknya besar sekali, semoga adik dapat larikan diri, daripada tivi. kurang tivi, mata banyak melihat buku. kurang tivi, telinga lebih mendengar kurang tivi, terjaga hati. adik sedang cuba ubah cara diri, kurangkan tivi, untuk keba...