Skip to main content

Posts

Hobi Saya

Nama sebenar saya Jamilah Mohd Norddin. Apabila menulis puisi, saya selesa menggunakan nama Lu'luah Nur Jamilah, Novel pertama saya ditulis dengan nama Ila Husna. :) Teringatkan sahabat-sahabat pena. Halimatul Asrah, Aini, Maizatul, Atiyah ... Sekarang tiada lagi surat menyurat, semuanya mesej, fb, emel ... Harapan saya: 2012. Buku baru? Perlu kekuatan dan disiplin. Cakap selalu, insya Allah. memetik kata-kata dalam friends forever. Zakiah, Marziah, Balqis, Syazana dan Mary. Cerita pelajar UIA. Seingat saya, saya contengkan ini ketika menghadap meja, melihat kertas kosong .. lalu teringat yang saya dan puisi sebenarnya bersahabat baik. Walaupun saya tidaklah pakar dan handal menulis puisi, membaca puisi orang lain suatu terapi. Puisi Fahd Razy saya suka. Doktor yang menulis puisi. Menyengat! ** kesukaanku menconteng, dalam buku nota, buku catatan, kertas-kertas kumal, novel, kertas peperiksaan, nota belajar. Menconteng, mengingatkan! ...

pergilah memori

membebas kenangan mengosong kerangka memori. bebaslah! Dia memberi yang terbaik. lu'luah nur jamilah  (boleh dibaca di sini juga)

Di Mana Mahu Beli Friends Forever, Ila Husna?

Keterangan lanjut, rujuk laman web ini: Iqramall RM14.00 Galeri Ilmu Sdn Bhd RM14.00 belibukuonline RM14.00   lazada.com  RM12.60   kedai buku MPH RM14.00 **** Assalamualaikum, ini untuk kemudahan sesiapa yang mahu membaca novel sulung Ila Husna , Friends forever. Mungkin sukar mendapatkannya di kedai buku, tempahlah secara maya dan ia akan dihantar terus ke rumah kalian. Selamat membaca. Senoga ada manfaatnya buat kita semua. :) Sesuai dibaca oleh pelajar sekolah menengah. Ila Husna

Di sini

Berdiri aku di sini Sampai mati. lu'luah nur jamilah

Dunia Sophie

"Sophie, anak gadis berusia 14 tahun, menerima sepucuk surat misteri tatkala pulang dari sekolah pada satu hari. Surat tersebut melontarkan soalan aneh: Siapakah kamu? Dari manakah asalnya dunia ini – lantas bermulalah ‘Pengembaraan Sophie.’ Melalui surat daripada seorang ahli falsafah yang tidak dikenali, Sophie diajar mengenai falsafah, dan melaluinya juga Sophie mengenali ramai tokoh falsafah, daripada Socrates hinggalah kepada Sartre. Malah, melalui lelaki itu jugalah Sophie mula bertanyakan pelbagai soalan yang sebelum itu tidak pernah terlintas di fikirannya. Selain itu Sophie turut menerima beberapa surat misteri yang bukan ditujukan kepadanya. Siapakah Hilde, dan mengapakah suratnya boleh sampai ke dunia Sophie? Untuk merungkai teka-teki ini, Sophie perlu memanfaatkan ilmu falsafah yang dipelajarinya itu. Namun begitu, kebenaran yang dicari tidak semudah yang disangka." - laman itbn ### Melangsaikan bacaan tertangguh, Bersama ribua persoalan. Dunia Sophie, plot yang...

Dipanah Arjuna.

Saya pernah menanam impian, Dan Allah lorongkan jalan.                                            Saya masih cuba menyemai cita yang makin jauh.                                            Ada masa mekar, ada ketika kuncup. Seperti bunga kuning yang sering dilihat sepanjang jalan yang sering saya jejak. Paginya mekar, datang suria, kuncuplah ia. Saya tetap akan berdiri di sini. Saya pernah bermimpi, Mimpi yang hilang kala saya terjaga. Mimpi yang hadir dalam realiti. Mimpi membuatkan air mata menganak sungai. Mimpi gerun. Saya percaya mimpi hadirn...

lubuk paling dalam

berbisik, pada lubuk paling dalam *hatiku* apa sahaja selepas ini terbaik untukku lantaran aku mahu begitu. lu'luah nur jamilah