Skip to main content

Posts

Batu-Salju-Bidadari.

Sebongkah Batu Di Kuala Berang –Faisal Tehrani. Saya tidak ‘bernafsu besar’ untuk membeli naskah ini pada mulanya. Melihatnya banyak kali namun menangguhkan pembelian hinggalah saya mendapat tahu buku ini diharamkan. Saya jadi tertarik untuk membacanya. Malang sekali saya tidak ketemu perkataan yang mana dapat dikaitkan hingga ia diharamkan oleh badan itu. Saya membaca hingga tidak dapat melangkau walaupun banyak –seperti biasa- cerita FT padat dengan wacana dan pemikirannya. Seakan-akan ditarik untuk membacanya hingga muka akhir. Ia hebat jika terealisasi seperti cerita ini. Bukan hanya cerita batu. Cerita beliau tidak lepas daripada unsur satira. Tidak dapat hentikan bayangan yang hadir. Titik. Batu-Bata Kehidupan. –Hilal Asyraf. Buku ini menghimpunkan koleksi entri yang pernah termuat dalam blog hilal asyraf –langitilahi.com- . Saya ‘tidak mampu’ menghabiskan semua topik melainkan membaca bab-bab di hadapan dan belakang. Tentang kehidupan dan remaja. Bab-bab tengahnya berkisar t...

Travelog, HSKU, dan Diari.

Allah sentiasa mendengar dan menjawab doa, permintaan, harapan, rayuan dan rintihan orang yang meminta. Membaca " Travelog Impian Abadi " yang ditulis Roza Roslan -sambungan travelog cinta abadi, membuatkan saya terhenti sedetik. " Percayalah yang berlaku hari ini, ada ada kaitannya yang pernah kamu lantunkan hari semalam. " Ya. Dalam kehidupan saya sendiri, dalam kehidupan orang lain juga saya pasti ia berlaku. Dahulu, saya pernah ingin menjadi pelajar UIAM, Allah berikan saya tempat di sini. Saya pernah berhasrat mempunyai buku tulisan sendiri, Alhamdulillah, Allah berikan jalan. Maka, nikmat mana satukah yang mahu saya dustakan? Allah. Saya membaca satu demi satu kisah puan Roza. (isteri Prof Kamil) Kisah anak muda di universiti dan kehidupan beliau sehingga berkahwin dengan Prof Kamil. Betapa Allah sentiasa sangkaan hamba-Nya dan memperkenan permintaan sesuai pada tempatnya. Sebab itulah ada perkara yang Allah tangguhkan, ada yang Allah segerakan, ada yang kita...

Permulaan

Penyelesaiannya ... kahwin! Sang jejaka tersenyum ceria, Si gadis tersimpul malu, Masing-masing, Menahan gelodak rasa, Perasaan ingin bercinta. Haruskah kita lalaikan, Segala ini terbentang di depan mata, Syaitan bersorak menyaksikan reaksi mereka, Ubah pemikiran kita, Tukar persepsi kita. Kau mahu apa? Kau nak apa? Apa kau mau? Kita lontarkan persoalan ini pada mereka, Kita jelaskan azab Allah yang Maha Dahsyat, Kita bimbing mereka, Kembali ke pangkal jalan. 12/8/05 12:01:34 AM

Cerita Gadis Itu...

Cerita dua hari lalu. Seorang gadis berpakaian serba hitam ter'pitam' dalam train laluan Kelana Jaya. Semuanya terjadi dalam beberapa minit dalam keadaan tidak terduga. Dalam perjalanan pulang ke kampus setelah ke kedai buku. Dalam train, seperti biasa, suka berdiri. Rasa lain. Minta tempat duduk. Tidak sempat duduk. Rasa gelap. Tersedar. Macam mimpi. Kepala sakit. Dengar suara, nampak mata-mata orang. Duduk di kerusi. okey, tidak bermimpi. Tidak angkat muka hingga ke tiba destinasi. Malu.  Buat-buat tanya kakak: "saya tidak jatuh, kan?" "Dah terbaring." Alhamdulillah. Pengalaman kedua. Pertama kali lebih sepuluh tahun lalu di sebuah hentian bas. Pengalaman tu.. mahal. :) peace.. pesanan penaja: -banyakkan minum air kosong dan jaga kesihatan. Ia anugerah paling mahal.

Madah

Mudahnya menyusun madah, Tersusun di bibir indah, Bermain sandiwara mewah, Terselit seribu helah. Tersusun di bibir indah, Bicara berpatah-patah, Konon mengubat susah, Hanya menambah gundah. Bermain sandiwara mewah, Material banyak dicurah, Mereka seakan penjarah, Mengangguk mengundang padah. Terselit seribu helah, Aku mengerti metah, Kata bersulam fitnah, Kelak mencanang resah. Bicaranya berpatah-patah, Hilang cabang pada lidah, Pondok istana semua diredah, Asal mereka disambut megah. Material banyak dicurah, Siapa sebenarnya perlu diserah, Jangan pula mengundang parah, Memberi pada si bedebah. Aku mengerti metah, Adat menumpang tanah bertuah, Berdiri, tak boleh membantah, Arahan itu perintah. Konon mengubat susah, Aku diberi rumah, Konon memberi mudah, Aku rasa gelisah. 29/06/2009 20:03:00

Suatu Hari Nanti...

maka, berbicaralah tangan kaki semua anggota apa yang dikota segala dusta tergadah tak terjawab amalan hari ini tiada sembunyi terzahir segala