Skip to main content

Posts

Hlovate Kembali...

Oh, Ini buku baru Hlovate yang akan diterbitkan ketika pesta Buku Kanak-Kanak Kuala lumpur 2010 minggu depan. Ini buku kana-kanak. Tidak salah kan orang dewasa juga membacanya?

:momen manis bersama ainul salasiah shafian.:

Hari pertama: tempat: Cafe Ummi Mahallah Maryam Hari Kedua: dalam perjalanan ke JJ Wangsa Maju, Kedai tepi jalan. kek yang tidak ingat namanya buatan  secret recipes. Hari Ketiga: Di KFC Giant Batu caves bersama ainul dan kak husni. Hari Keempat: bertempat di Cafe Mahallah Hafsa. Hari Kelima: iftor di Bilik Ainul. Menu: Nasi Putih campur paprik Ainul belanja. =) [ tiada gambar untuk dipapar] Alhamdulillah, Lima hari saya bertandang dan menyibuk di bilik Ainul, Bukannya apa, sengaja tidak mahu bayar sebab datang awal, Lama juga tidak bersama-sama sahabat saya nan seorang ini, Jadi kesempatan ini kiranya peluang keemasan untuk kami. Ketawa bersama-sama, Saya dengan perangai separuh gila saya, Meminjam bermacam-macam benda milik Ainul dan menyibuk laptopnya, Menonton Sushi Oji, hak, hak! Ainul mengikut saya berjalan ke sana ke mari, Ke JJ bersama-sama dan Ainul belanja secret recipes, Ke Giant bersama Ainul dan Kak Husni....

Saya yang ganjil atau keadaan yang pelik?

kanak-kanak itu paling tidak berputus asa untuk belajar.  [kredit gambar: Deviantart.com ] Hm, ada kesempatan duduk depan komputer ada sahaja yang mahu saya ngomelkan. tadi sudah bermula kelas 'traditional criticism' buat kali pertama, Seperti biasa kelas bersama senior, duduk paling belakang. Argh... Apa kata ustaz? Tiada istilah malu dalam belajar. ha, terdiam saya!  Tiap-tiap sem dengar namun masih tetap bisu dalam kelas, Walau saya tahu semua lecturer sangat bangga apabila ada pelajar bertanya dalam kelasnya. Dalam kelas saya diam dan tawadhuk sedangkan bukan semua faham. Kata ustaz lagi, Sudah berapa lama kita belajar? Dan bagaimana tahap ilmu kita? Masya Allah... Apa sudah jadi dengan ilmu. Ilmu itu bukankah jika tidak dijaga ia akan hilang. Lupus daripada ingatan, Sebagaimana saya tidak ingat lagi apa yang saya belajar dalam math, sains, kemahiran hidup... semuanya yang dipelajari di sekolah menengah. Usah ...

Misi mengasah pensel.

Sudah semester baru dengan cerita baru, Aku kena bangkit walaupun semester ini aku jatuh terduduk, Bukan salah orang lain, Salah aku sendiri, Maka aku yang kena bangunkan diri aku kembali, Aku tahu walau aku jatuh lagi dan lagi, Allah masih beri peluang aku ubah diri. Amin. 9.37a.m/14.12.2010/dalam laut

selagi kaki boleh melangkah...

Teruslah melangkah!  [kredit gambar: Deviantart.com ] Perjalanan saya mungkin lebih mudah daripada orang lain, Mungkin sedikit payah daripada sesetengah orang. Saya selalu mendapat 'komen' yang mengatakan saya suka melalui jalan jauh. Ah, sungguh saya tidak tahu jalan pintas, Hanya mengikut kaki yang melangkah. Selagi kaki saya masih boleh digerakkan, Saya mahu terus berjalan, Walau sedikit lambat dan jalan yang saya lalui jauh. Saya tahu. Saya bukannya sehebat orang lain. Namun saya sentiasa percaya yang Allah berikan jalan itulah yang terbaik. Walau saya sedih. Walau saya sedikit kecewa. Saya percaya, Bila saya biasa merasa kegagalan, Saya akan seronok manisnya sebuah kejayaan, Dan saya sudah tidak mengalirkan air mata apabila saya gagal lagi dan lagi, Kerana saya tahu untuk apakah saya bazirkan air mata untuk kegagalan, Biar kelak ia hadir ketika saya mengecap kegembiraan. Saya mungkin sedikit 'pelik' daripada orang lain, Tetapi, Saya juga sama seperti orang lain, S...

bukan yang dahulu lagi...

Semua boleh berubah!  [kredit gambar : deviantart ] Sehari dua ini aku ketawa, ketawa dan ketawa... Hm, Terima kasih buat kamu yang tumpangkan saya dalam bilik tu selama lima hari (termasuk hari ini) Terima kasih banyak-banyak... =) Maaflah jika kamu lihat sisi saya yang lain selama kita bersama. Sisi yang tidak semua orang tahu. Hm.. Saya betul-betul minta maaf ye, kamu... Baru hari pertama saya sudah sakitkan hati orang. Dalam kelas saya berjumpa dengan ramai yang saya kenal... Oh.. berapa kerat sangatkah pelajar BARB UIAM ini? Hahaha.. Sekarang mood untuk berblogging turun hingga 5 peratus sahaja.  Walaupun rasa untuk menulis ada, saya sudah kekok menulis. Hm. mungkin saya yang dikenali dalam dunia blogging bukan lagi seorang Jamilah Mohd Norddin.. Mungkin saya akan tinggalkan dunia blogging... Mungkin saya berubah menjadi yang bukan saya lagi. Segalanya MUNGKIN......... Siapakah yang dapat men...