Skip to main content

Posts

...kerana pesta buku ... siri 3

Sabtu, aku merayap di PWTC lagi sementelah ada wang yang masuk.. Melihat-lihat hari-hari terakhir pesta buku yang amat menyesakkan.. Menambah tiga lagi koleksi novel: *Cinta hari-hari rusuhan -FT *Surat Ungu Untuk Nuha- Kak Noor Suraya *Bukan Yang Pertama-Salina Ibrahim Dan hanya satu buku bukan fikyen.. Menjadi Muslim Super, Dr Danial Zainal Abidin.. Hm, membeli mudah, mampukah aku menghabiskan dan yang lebih penting mengambil 'ibrah daripada apa yang aku baca??? Wassalam.

Kerana Pesta Buku .. Siri 3

Sabtu, aku merayap di PWTC lagi sementelah ada wang yang masuk.. Melihat-lihat hari-hari terakhir pesta buku yang amat menyesakkan.. Menambah tiga lagi koleksi novel: *Cinta hari-hari rusuhan -FT *Surat Ungu Untuk Nuha- Kak Noor Suraya *Bukan Yang Pertama-Salina Ibrahim Dan hanya satu buku bukan fikyen.. Menjadi Muslim Super, Dr Danial Zainal Abidin.. Hm, membeli mudah, mampukah aku menghabiskan dan yang lebih penting mengambil 'ibrah daripada apa yang aku baca??? Wassalam.

Lu'lu'

Menggunakan indeks yang terdapat dalam software mawar, memudahkan aku mencari ayat yang aku inginkan dalam al-Quran, dan ini yang aku peroleh. Ada 6 tempat yang menyatakan perkataan lu’lu’. Ada yang maknanya haqiqi dan majoritinya makna majazi. Dan aku mula menggunakan nama lukluahnurjamilah ketika di sekolah menengah. Terpengaruh dengan novel cinta yang aku baca dan sebenarnya ia watak salah satu cerita yang aku nukil. Apakah maknanya jika aku gunakan nama ini? Mutiara cahaya cantik... Dan aku terpaut pada nama. Tiada lagi rasanya yang mempunyai nama ini. Jika miftahul Jamilah, jawapannya ya. Teringat pula yang ustaz ajarkan tempoh hari. Penerangan tentang lu’lu’. Jika kita hanya berfikir biasa kita tak nampak cantiknya mutiara itu. Apakah mutiara? IA tersimpan dalam cengkerang (shell) yang hanya akan didapati di dasar laut. Antara semua cengkerang yang ada hanya sedikit yang mengandungi mutiara. (teringat cerita the pearl). Mutiara ini tidak dapat dibeli dengan seratus ringgit...

...kerana pesta buku.. siri 1

19 April 2009 SANGAT GEMBIRA!!! Akhirnya aku yang sangat teringin ke Pesta Buku, dapat ke sana pada hari ini.. Menumpang tiga orang junior yang kebetulan punya hasrat yang sama. Jaulah yang sangat aku suka, tapi sangat memenatkan hingga mata ini terasa seakan mahu pejam saat entri ini aku coret. Aku mulakan dari awal perjalanan.. Janjinya pukul 8.30, aku yang teruja ini 8:15 sudah tercangak di bawah.Dapat mesej mahu bergerak pada pukul 9:00.. Duduklah aku di sini menanti mereka.. Akhirnya pukul 10:00, perjalanan dimulakan.. TAMBANG: TEKSI PERGI BALIK: RM4.00 KTM: RM9.80 Perjalanan mengambil masa hampir sejam suku sebelum sampai di PWTC. Memang berjalan sakanlah aku hari ini untuk melunaskan impian tiga tahun ini.. BERJAYA mendapatkan 6 buah novel.. TARGET berjaya dicapai kerana memang aku nak habiskan seratus untuk membeli hari ini. Mulanya hanya meninjau di aras dua.. melihat apa yang menarik di situ. Sampai di aras tiga…. ternampaklah aku akan gerai al-Ameen Publishing. Heheh...

.. BICARA PENGEMIS DI KAKI LIMA...

Terbiar aku terlantar, Tanpa siapa menghirau, Aku ini bukan si anjing liar, Merayau tanpa arah, Matlamatku sesuap nasi, Melapik perut anak isteri. Dikejar disepak bukan kehairanan bagiku, Dipandang hina kerana aku hanya pengemis, Yang sebelah mata buta. kerja ini bukan aku pinta, Tapi terpaksa, Kerana aku ketua keluarga, Tapi ingin bekerja tak diterima, Hanya kerana pelajaranku biasa sahaja..

conteng-conteng ketika mengantuk

Assalamualaikum… Di penghulu hari ini, aku berpeluang mencoret sepatah dua kata… Menyuarakan idea yang berbaris untuk diluahkan. Cuma ada kalanya, ia hanya tersekat di minda. Berlegar-legar dalam imaginasi yang belum digunakan sebaiknya.Tidak terketik di sini… KELAS NAHW Hari ini kena tadbiq apa yang dipelajari dalam topik Inna dan akhowatiha.. Tercabar pengetahuan cetek ini.. Hahaha, barulah terasa sedar diri yang aku sebenarnya tak banyak dan tak rajin membaca. Buat malu kaum.. Belajar di library.. Cari ayat dalam buku dan ‘irab sikit.. Dapat markah. Sering aku ingatkan pada diri, usah kisahkan sangat berapa ustaz nak beri, yang penting aku kena lakukan yang terbaik sem ini, Insya ALLAH.. Ustaz ajarkan aku satu kata-kata arab..Insya ALLAH, akan aku simpan dalam lipatan hati kata-kata ini.. Dalam dan kena batang hidung maksudnya.. Terima kasih, ustaz.. Aku ingatkan apalah yang ustaz mahu katakan pada aku.. Diminta aku ambil kamus dan cari perkataan ini.. Ustaz memang tak lokek ber...