Skip to main content

Posts

Aku Masih di CFS IIUM

• Dalam mood short sem yang aku rasa akan meninggalkan kesan dalam diri • Ada tiga subjek yang akan aku belajar • Hati sedang suka • Aku tengah fikir bagaimana nak gerakkan pena yang dah berkarat. Hanya mampu mengarang

Zikir Rindu - Azizi Hj Abdullah

ZIKIR RINDU- AZIZI HJ ABDULLAH Aku ada baca buku terbaru Azizi Abdullah.. Tajuknya zikir rindu... Sangat seronok pada mulanya aku teraba-raba untuk faham... Mula-mula baca rasakan seolah-olah Pak Azizi sedang bercerita tentang seorang tua yang tak sedar diri mahu bercinta dengan orang muda.. Aku benci untuk teruskan pembacaan. Tapi entah mengapa, aku sekarang tertarik pada tulisan Azizi Abdullah yang banyak mengulas isu semasa.. Aku teruskan membaca hinggalah samapi ke segmen ilmu yang dimuatkan dalam novel tersebut. Barulah aku faham jalan ceritanya.. Nak tahu apa cerita sebenarnya, kena dapatkan novel ini, terbitan alaf21.

Coretan ...

Assalamualaikum, Lama dan jemari aku seakan kaku untuk kembali menulis sajak di sini. Bukan sibuk, masa 24 jam terlalu cukup malahan masih banyak yang dibazirkan. Aku amat bersyukur Tuhan gerakkan aku untuk kembali di sini, ambil short sem dan Insya ALLAH habiskan sem ini. Semuanya perlu ada kekuatan dan kemahuan. Aku suka ingatkan pada diri sendiri... Tuhan bersama sangkaan hambanya. Betul tak? Belek-belek paper di library: 1. Semalam aku tengok berita Nik Nor Madihah dapat pergi umrah, alhamdulillah, berusaha dahulu, bersenang kemudian 2. Paper hari ini, mengumumkan yang KJ jadi ketua pemuda UMNO.. Ya ALLAH satukan hati orang Melayu terutamanya supaya nampak kebenaran dan tak takut pada kebatilan. Aku tak tahu nak mencoret apa sebenarnya cuma mahu melatih jemari juga supaya tak kaku dan jadi makin malas menulis... Tak ada modal nak mencoret lagi, cumanya semoga kita sentiasa beringat yang apa jua berlaku ada hikmah dan rahmat buat diri kita. Sabar dan doa, kita akan ra...

...conteng-conteng

Assalamualaikum, Ada beberapa peristiwa yang aku mahu coretkan.. Gembira, terharu, sedih, geram... Semuanya bergaul menjadi satu rasa hingga mata ini enggan terlelap walaupun kepala mula berpusing. Dalam kelas Nahw, akulah pelajar yang tidak memahami apa yang diajar oleh Ustaz. Mengapa? Kerana aku seorang yang malas mengulangkaji. Hanya berangan untuk lulus tapi tidak berusaha. Sejuk dalam kelas itu yang mencucuk tulang antara yang mencuri perhatian aku. (Aku memang suka mencari alasan, bukan mencari jalan) Apabila ustaz bertanya aku gagal menjawab. Ustaz, maafkan aku atas apa yang terjadi hari ini dan hari-hari semalam... Aku sedar apa yang aku lakukan Cuma tak berusaha untuk mengubahnya. Kelas BMW.. Lebih bersemangat daripada semalam. Ah, semalam yang sangat melesukan. Entah ke mana tenagaku hilang? Gara-gara ‘minyak’ dalam badan tak diisi dalam kuantiti yang mencukupi. Lumrah bagi aku jika kurang air dalam badan, rasa panas dalam badan dan lesu. Tak perlu ke klinik, Cuma perlu m...

...kerana pesta buku... siri 2

Assalamualaikum,  Datang kesempatan untuk menulis. Saat mata enggan terpejam setelah apa yang aku hadapi hari ini. Biarlah aku mencoret seketika di sini. Setelah aku ke book fair Ahad lalu, rasa tidak puas hati masih ada. Tambahan duit dalam bank masih berbaki. Namun tak ada niat untuk ke sana secepat itu (Isnin). Tengahari itu berhajat ke maktabah.. online. Di pertengahan jalan, terserempak pula Kak Husni dan Masthura yang baru menyelesaikan tugasan sebelum meninggalkan bumi Nilai ini. “J, jom ke pesta buku.” Mataku mula bersinar. Hati melonjak ria.. Untuk ke sana, tidak perlu paksaan. Pendekkan cerita, aku, Mas dan Kak Husni ke sana dengan tajaan Mas (Syukran ya Ukhti, moga dipermudahkan menghafal dan pembelajaran di DQ). Hari bekerja, perjalanan agak lancar. Suka.. Kenangan terindah.. Banyak memori.. Itulah yang dapat aku ringkaskan di sini. Apa yang mahu aku nukilkan adalah peristiwa di sana. Target pertama adalah Syarikat BLUE-T lantaran Mas mencari t-shirt labuh bu...

Catatan Keronyok II

Beberapa soalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab... 1. Bilakah kau akan berdamai dengan diri kamu sendiri? 2. Adakah aku menjalankan tugas sebagai hamba? 3. Adakah aku menghargai diri sendiri? 4. Adakah aku menjalankan amanah Ayah hantar aku untuk belajar? 5. Adakah aku kerap menghubungi Ayah? 6. Adakah aku mula berbaik dengan Mak Cik? 7. Bilakah aku akan dipanggil? 8. Sampai bila aku sihat? 9. Belajarku selama ini kerana apa? 10. Solat, puasa, segala yang aku lakukan adakah khusyuk dan tandan aku seorang hamba? 11. Benarkah langsung tiada riya' dan takbur dalam diri? 12. Siapakah aku di sisi Tuhanku? 13. Aku baikkah? Cukuplah yang aku senaraikan di sini, sebagai renungan aku pagi ini..