Skip to main content

Posts

...JUMAAT, PETANG HARU DAN SAYU

Assalamualaikum, Petang ini aku menghabiskan masa lagi dengan membelek blog yang beberapa hari terbiar.. Esok aku tak ada peperiksaan, hanya satu lagi kertas Isnin ini... Jangan tanya mengapa, hanya mereka yang tahu mengerti... Terharu, Itulah yang aku rasa... beberapa hari lalu, (19 Febuari 2009), aku menggatalkan jemari mengatur tulisan, kemudian menghantar pada ustaz yang aku kagumi syairnya... Ustaz Majid, guru adab nusus aku.. Sekadar memberi ucapan terima kasih atas ilmu yang berharga ini... aku hadiahkan beliau sajak aku... Bukan Lilin sebagai tatapan ustaz... hehe.. Anak murid yang palin senyap dalam kelas ustaz dan langsung tidak memberi respons.. aku tak seghairah mereka yang lain untuk belajar. Hari ini aku periksan kantung e-mel... subhanallah... Ada balasan e-mel daripada ustaz. Aku seakan baru menerima e-mel daripada Mawi.. terharu, gembira, apa nak aku gambarkan di sini.. Tak dapat... Ini sedikit yang ustaz berikan sebagai balasan: Sengaja aku mahu tayangkan di ...

CERMIN MATA BARU

Semalam (22.2.2009), aku berjaya mendapatkan cermin mata baru... Terima kasih buat semua yang sudi membantu... *Sahabat yang membantu dari sudut material *Mysharah, Wani dan Humaira (teman sebelah bilik) yang sudi menemankan dan memilih cermin mata untuk aku(aku lemah bab-bab memilih), rambang mata..Kalian memilih yang terbaik untuk aku, terima kasih. *Habibah yang memberi kad kupon kedai tersebut... *Kak dan Kak Ti yang 3/4 daripada perbelanjaan keseluruhan... Gembira sangat apabila dapat tahu kuasa cermin mata berkurang.. Jika dahulu kanan 300, kiri 350, silau okey.. Sekarang, kanan 200, kiri 100... Silau tak ada masalah. Alhamdulillah, hampir beberapa minggu aku tidak bercermin mata.. Dipatahkan oleh tangan ini... Aku seakan si buta yang bertemu tongkatnya yang hilang.. Dapat melihat dengan sangat jelas... Sebelum ini, aku siapkan cermin mata ketika hampir tamat tingkatan lima, dan untuk kali kedua ini di pusat asasi Nilai... Ya, aku sekadar mencoret di sini bagi ...

contengan ...

Selamat menghadapi peperiksaan buat pelajar-pelajar Nilai Selamat ke Gombak buat kalian Maafkan tersalah tulis, terkasar bicara Kalian hebat, Tuhan memberi apa yang mampu ditanggung hambanya. Sayang kalian Aku akan bercuti lama Blog ini akan dipantau jika ada kesempatan kerana jika aku sudah berada di kampung nanti, tiada jaringan internet. Buat yang terbaik untuk semua.

LILLAHI TAALA

Assalamualaikum, Bicara seorang Ayah pada anaknya pada hari keputusan SPM 2007 diumumkan. Ayah: ALLAH dah berikan kamu kejayaan. Dapat 12A. Apa yang kamu nak lakukan? Anak: Nak masuk universiti tersohor.. UIA... Nak ambil English. Sekarang English kan penting. Ayah: Nak masuk universiti? Anak: Tentulah Ayah. AYah: Ayah nak hantar kamu ke pondok. Anak: Ayah!!!! *Ini hanyalah contoh dialog anak-anak zaman sekarang. Belajar sebab nak periksa. Belajar sebab nak masuk universiti. Mungkin sebab itulah pelajaran yang diperoleh susah mendapat keberkatan. Susah nak masuk ke hati. Belajar satu sem, kemudian, lupakan... Jangan begitu duhai diri. Yang penting sebelum belajar niatkan diri kerana ALLAH Taala. DIA tahu yang terbaik untk hamba-NYA. *Masih ada masa untuk belajar. Bukan hanya mengemas kini blog, belajar tinggal entah ke mana. Hanya satu aku nak kongsikan; "Orang yang pintar tidak membilang hari yang telah berlalu, sebaliknya bekerja kuat untuk hari ini dan masa ...

...CATATAN BUDAK PSIKO

Musolla blok A menerima kunjungan aku saban hari minggu ini. Entahlah, suka benar aku melepak di sini. Masjid Putra Nilai yang tersergam di depan mata, langit membiru dan dapat merenung matahari yang akan terbenam. Tambahan, di bilik, maintenance masih melakukan kerja-kerja membaikpulih. Minggu yang sangat membahagiakan. Minggu yang sangat lapang, minggu yang mengajar aku erti sabar dan kuat, Minggu di mana aku mengenal erti sahabat. Hehe, tak boleh takut nak susahkan sahabat sendiri. Kena lawan rasa psiko dalam diri. Percaya tak kalau aku cakap aku seorang psiko. Tapi dalam proses penyembuhan.. Apa ubatnya??? Entri ini aku tak tahu nak masukkan kat mana. Aku nak merapu sahaja. Menulis ikut tangan aku. Kagum melihat sahabat-sahabat aku berkhutbah. Mantap, boleh ganti penceramah sekarang. Aku kagum dengan sahabat-sahabat, dengan semua orang di sekeliling aku, pandai survive hidup. Aku tk pandi ke??? Tiada jawapannya di sini. kenapa aku kata aku psiko? Kerana aku tak mampu m...

1,2,3

Antara satu dua tiga semua punya makna berbeza bagi setiap jiwa walau semua sama hanya diri yang dapat bersuara apa yang bergelora. *** Membuka kantung e-mel petang tadi mebuatkan darah menyerbu ke muka. Adakah kawanku ini sudah hilang tahap kewarasannya. Adakah patut bagi seorang pelajar berfikiran begitu? Jika sekarang kita dihidangkan dengan berbagai berita lompat parti, aku disaji dengtan berita kawan aku yang seakan sudah hilang warasnya mahu berhenti belajar. Satu situasi yang tidak wajar untuk aku hadapi sekarang.Walaupun perasaan manusia itu tidak sama, namun perlu ada langkah kawalan. Alasan yang tak dapat diterima akal sungguh. Adakah patut katanya dia tak boleh nak bawa Bahasa Inggeris. Bukankah itu agak tidak logik. Dia belajar di universiti tersohor, tapi masih belum berpuas hati dengan apa yang telah diperoleh sedangkan mereka yang tidak diterima belajar sanggup naik tunggu pejabat kementerian untuk memohon walau satu tempat untuk belajar. Ya, aku mara...

keputusan

Keputusan, Biarlah dari hati suci, Bukan semak dek masalah diri, Itu tak mampu melakar peribadi, Hanya satu ilusi. Di kesempatan ini, aku, Jamilah Mohd Norddin ingin memohon maaf atas segala yang telah dilakukan. Semoga tulisna kecil aku di blog ini sedikit sebanyak memberi faedah pada diri aku dan semua. Kepada semua sahabat, aku kagum dengan kalian. TAHNIAH!!!