Skip to main content

Posts

Teringat Pada Hijau

Hijau warna semulajadi, Dedaunan, Rerumput, Pasak bumi... Sedap mata memandang. Hijau warna lambang ketenangan, Bukan merah tanda marah, Lihat hijau sejuk hati, Bukan biru kadang haru. Hijau, Gabungan Biru dan Kuning, Jadinya warna kedamaian, Terang kuning + Sayu biru, Lahir hijau memukau. HIJAU WARNA NEGERI AKU, KEHIDUPAN SAAT AKU TENANG, PENYEJUK SAAT RESAH.

Kau Ilhamku - Man Bai

Mendengar lagu ini mengingatkan aku kali pertama aku cuba menghasilkan cerpen. Sebelum ini jika di sekolah rendah aku membuat karangan bertulisan tangan yang habis cantik itu, hantar pada Rancangan Kak Yong bersama Adik-Adik. Dapat RM50. Bagi budak sekolah rendah seperti aku, siapa yang tak meloncat jika berjaya pegang duit sendiri. Hasil karangan yang tidak seberapa. Aku ingat, tahun 2000, karangan pertama aku bertajuk “hobi saya”, adalah karangan ulung yang menembusi radio. Kemudian aku dengar tentang Kelab Sayang di Sayang di Radio Malaysia Kedah (sekarang Kedah FM). Setiap kali menghantar memang akan dapat sebuah buku. Memang seronok. Buta tentang palgiat atau apa, kadang-kadang, sajak yang aku hantar bukan hasil sendiri. Aku salin bulat-bulat daripada buku-hehe, jahil waktu tu, jangan tiru macam ni-. Tapi bukanlah semua, ada juga yang aku hasilkan sendiri. Catatan pengalaman dan sajak pendek. Cerpen pertama berjaya aku siapkan –sebelum ini semuanya terbengkalai- ketika di bang...

Cerpen Pertama Di Majalah

AKHIRNYA-VERSI ASAL TAJUK: AKHIRNYA (tersiar dalam Dewan Siswa Mac 2005: vila igauan) Sebuah kereta betul-betul berhenti di hadapan anak muda itu. Di dalamnya bersandar tenang seorang gadis manis yang masih lengkap berpakaian sekolah. “Mari Zaman, balik bersama Halwa. Rumah kita bukannya jauh pun.” “Tak payahlah, kejap lagi bas sampai. Saya balik naik bas saja.” Aku cuba menolak pelawaannya. “Hai, tak kan tak sudi kot. Ye la kita yang ajak.” Dengan terpaksa aku terpaksa juga menerobos masuk ke dalam BMW Metalic milik Dato’ Mukhtaruddin itu. Malu juga mengenangkan aku sekadar anak kepada orang gaji milik keluarga Halwalwasimah. Anak Dato’ Mukhtaruddin. Tersentak aku mendengar gemersik suaranya meminta aku ke rumahnya malam itu. “Malam ni Zaman datang le rumah. Boleh le ajar Halwa Math Tam yang cikgu ajar tadi. Halwa kurang faham le.” Sebenarnya aku agak keberatan untuk menjejakkan kaki ke villa itu walaupun Ibu bekerja di sana.Aku mula terkenangkan lirikan mata Datin Julian...

Bila Kita Akan Mati?

Kematian itu pasti, maut datang tanpa amaran redhakan pemergian mereka... Hari ini, Esok, Semalam, Kematian setia menziarah, Meragut nafas saat tiba saat. Tanpa kasihan, Meski enak makan. Mati... Maktabah, 17/12/2008
...WARKAH BUAT HATI... Assalamualaikum,segumpal darah yang mendiami diri ini. Duhai seketul darah yang bernama hati, bagaimanakah keadaanmu sekarang? Adakah seputih dan sejernih seperti aku dihadirkan di dunia fana ini 19 tahun lalu, atau titik-titik hitam terlalau mewarnai hinggakan putih itu terbenam. Warna apakah kau sekarang? Seingat akal dangkalku, usia kecilku, tak pernah aku rasa resah gelisah, kegembiraan melakar segenap kehidupanku, aku bahagia walaupun aku tak mengerti segala perlakuan manusia di sekelilingku. Aku mampu tersenyum walaupun dicubit, digomol, digigit, aku relakan semuanya. Bila menginjak remaja, mengapa tiada lagi perasaan seperti itu? Mengapa hanya resah yang aku rasa? Mengapa dada ini tak setenang masa jagungku. Seakan-akan ketenangan dulu telah dicabut daripada kehidupanku. Duhai hati, tiba-tiba aku teringat yang sebenarnya aku banyak mengabaikan kau selama ini. Aku tak siramimu dengan bacaan al-Quran. Aku jarang memberi kau makan. Aku teringat kata-kata...

Dunia Tulis Jamilah

*Aku mengenali dunia menarik ini sejak di bangku sekolah rendah. Membaca KUNTUM, Dewan Pelajar.. Buku cerita kanak-kanak, aku teringin menghasilkan cerita sendiri. Walaupun tak pandai, aku cuba juga hinggalah aku sampai ke hari ini. Walaupun sering timbul tenggelam akibat terlalu tidak konsisten, aku teruskan minat ini.. Insya ALLAH. Sekadar mahu berkongsi perjalalanan aku selama satu dekad di sini. -Mac 2005- 'Vila Igauan' cerpen pertama aku yang tersiar di Dewan Siswa. Harapnya ia menjadi inspirasi untuk aku lebih berjaya pada masa hadapan. -Mei 2005- dapat tawaran ke Minggu Penulis Remaja di Negeri Sembilan, Tak dapat menghadirkan diri kerana masa yang terlalu suntuk. -Jun 2005- Sajak aku 'pesanan ibu padaku' tersiar. Semoga aku terus berkarya. -catatan- Aku semakin bersemangat mencungkil bakat. Setakat ini telah terhasil 3 cerpen dan beberapa buah sajak... Mungkin belum bermutu. -catatan- aku sedang berusaha mencipta karya-karya aku. Suatu hari nanti aku a...

Ustaz Yunus Ma Zheng

Molek kiranya aku kenalkan dahulu ustaz ini... Ustaz Yunus merupakan seorang ustaz yang berasal daripada negara China, datang ke sini dan mengajar aku BMW (BAsic Method Research) -nama je BI belajar dalam bahasa Arab- Menurut ustaz.... "Ketika mula-mula saya daang ke sini, saya hanya nampak negara ini sebuah negara Islam, tidak terlihat yang negara ini terdapat dalam kalangan penduduknya berbangsa yang pelbagai... China, India, dan bermacam suku di Sabah dan Sarawak. Apabila mula memesrai rakyat di sini, saya mula mengetahui akan adanya perbezaan dan macam-macam perkara yang mula timbul dalam fikiran.. Saya bergaul dengan masyarakat Cina yang tidak menganut agama Islam... Menurut mereka mereka boleh terima semua benda yang Melayu buat... Makan nasi lemak, pakai kain sarung, malahan bagi salam sekalipun, namun hanya satu yang tidak dapat diterima... ISLAM.... Bagi mereka jika memeluk Islam itu masuk melayu... Siapakah yang bersalah??? Saya pergi pula kepada PERKIM dll untuk men...