APA ENTAH AKU TULIS??? Assalamualaikum, apa nak tulis pagi-pagi Sabtu ni? Akal tersengkak, bukan banyak berfikir, tapi tak diajar berfikir... Semalam, jumpa kawan-kawan lama, buat aku berfikir sejenak, aku sangat tak mengenali kawan-kawan, mereka suka bertanya aku akan latar belakang sedangkan aku tak mengenali mereka. Aku suka dengar mereka bercerita, dari satu kisah ke satu kisah.. walaupun aku tak banyak mencelah, aku suka menjadi pendengar... Sekilas memandang wajah sahabat, dalam suka berselindung duka yang dikaburi kegembiraan. Mereka tabah hadapi warna hidup, bukan seperti aku yang suka mengeluh... SUARA HATI... Aku nak kongsi cerita semalam, betapa Tuhan mampu lakukan apa sahaja.. Sejak azali, dah maklum aku memang pelupa. Aku ke kedai runcit untuk membeli sedikit barang.. terbaca di situ tertulis, jaga telefon bimbit anda, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan... Usai membayar pada sangkaanku, tentulah telefon bimibit aku letakkan dalam poket beg yang aku...