Skip to main content

Posts

Tersungkur di Pintu Taubat

Tuhan, Akukah insan itu, Tersungkur di pintu taubat, Diheret arus duniawi, Tak daya melawan. Tuhan, Akukah insan itu, Janjinya mahu bertaubat, Tinggalkan maksiat, Namun, Terlalu lemah, Kaki tersadung di pintu taubat, Kembali ke asal. Tuhan, Akukah insan itu, Mahu mengubah kejahilan. Tak dicari ilmu, Membiarkan diri terkontang kanting, Akukah itu, Tuhan? Jauhkan aku, tuhan, Agar aku bisa masuk ke rumah taubat, Membersihkan diri, Jangan biarkan aku tersungkur lagi... Harapanku hanya Pada-Mu, Bukan dunia yang menipu.

Sampai Bila Nafas Kita

Seandainya nfasku hanya saat ini, Bagaimana mahu aku mengadap Ilahi, Badan terpalit dosa semalam, Fikiran dicemari dosa, Hati kusut sejuta... Seandainya nafasku haya takat ini, Mampukah amalan menjawab persoalan, Atau seksaan menanti? Seandainya nafas hanya saat ini, Semoga ada rahmat mengiringi, Mati dalam iman.

Persoalan

Assalamualaikum, hari ini aku nak kongsikan sesuatu dan harapkan sesiapa yang punya jawapan dapat membantu. Ini adalah mesej yang aku terima daripada seorang sahabat baik aku. Aku temannya bertanya akan hal ini. Dan aku tak mampu menjawab, jadi aku amat mengalu-alukan sebarang jawapan yang dapat merungkai persoalan ini. Ini adalah soalan daripada mereka yang tercari-cari hidayah... "Aku rasa semua agama buat manusia mati, bukan maksud aku tak percaya Tuhan, aku percayan dan ada SATU, tapi manusia berpecah belah, pentingkan diri sendiri sebab agama... manusia ada tambah apa yang Tuhan turunkan... Kenapa kita tak ada satu agama sahaja? Bukankah itu lebih baik? Kita tak perlu berperang pasal agama... Kenapa kena bataskan diri kita. sedangkan Tuhan dah kurniakan macam-macam kat dunia ni untuk kita, kenapa kita tak gunakan semuanya... manusia berbalah pasal agama, Bukankah Tuhan dah ciptakan kita serupa dengan DIA? Maksudnya kita saling berbunuhan dengan DIA-lah? Dunia ni hipokrit.....

Kana-kanak Kecil

Kanak-kanak kecil, Melakar garisan pada tanah, Hujungnya terputus-putus, Di tanah berdarah. Kanak-kanak kecil, Keriangan di halaman, Ditabrak peluru sesat, Tersungkur, Tamat riwayat. Kanak-kanak kecil, Tersenyum di sisi bonda, Merengek mahukan ais krim, Tak terfikir erti derita. Kanak-kanak kecil, Belum mengenal warna hidup, Korupsi, Tribunasi, Kezaliman, Pada wajah dunia. Kanak-kanak ini, Apakah nasib mereka di masa hadapan, Seindah pelangi, Mendung mewarnai?

Orang Tinggi vs Orang Rendah

Orang tinggi cakap, Harga minyak mendadak, Harga beras naik, Harga makanan ayam cekik darah. Orang rendah geleng kepala, Fikir anak bini, Kereta, minyak kena isi, Duit sekolah pasti. Orang tinggi sorak, Menang bicara, Minyak mencanak naik, Orang rendah titis air mata, Nasib kian lara, Mengemis di bumi merdeka, Tak punya nama, Nak balas kata mereka, Mereka tak pandang, Orang rendah. Orang tinggi janji berdegar, Tunainya entah bila, Hutang ditebas terang nyata, Orang rendah diam semata, Termakan sogokan, Harta dunia.

Koreksi

benarkah kita hanya inginkan yang terbaik dalam hidup ini? namun, setakat manakah keinginan itu dilaksanakan? jangan jadikan masalah sebagai alasan, jika difikir, masalah aku menimbun... hakikatnya, orang lain lebih besar masalahnya, rumah tak dapat menampung anak isteri, duit nak makan tak ada, penyakit sentiasa memburu diri, macam-macam masalah... lihat diri kau!!! makan pakai cukup, dapat apa kau inginkan, semua menyayangimu, masalah tak perlu fikir.. apa lagi kamu mahukan??? cuba kamu diminta berkorban sedikit, korbankan masa lapang, cari ilmu bermanfaat, itu juga kamu tak berjaya laksanakan... koreksi kembali diri kamu, apa sebenarnya kamu hajatkan dalam hidup ini? hiburan ilmu makanan kebahagiaan??? hanya jiwa yang suci dapat mejawab dengan jujur...

Contengan Jemari

ASSALAMUALAIKUM.... Jarang aku mahu memberi sebarang komen tentang persekitaran yang melanda aku sekarang... Namun hari ini hati ini tergerak untuk mencoretkan sesuatu. Sebagai seorang marhean biasa, apa yang aku mahu fikirkan tentang masalah yang melanda kancah politik negara sekarang. Seolah-olah tiada makna. Tapi semakin hari, aku perhatikan ianya semakin membarah, meninggalkan impak yang amat menyakitkan pada generasi akan datang... Adakah mereka sebenarnya telah dibutakan hati perut mereka untuk memikirkan masalah rakyat yang kian meruncing. Sudah tertunaikah janji mereka selama ini? Ataupun kembali tenggelam, menantikan pilihanraya seterusnya untuk menebur janji baru... Kini masalah peribadi pemimpin yang hangat diperkatakan. Macam-macam yang masuk ke telinga ini pasca pilihanraya lalu... Lepas satu, satu pula yang timbul. Mungkin kedudukan aku sebagai seorang pelajar yang makan duit biasiswa dan PA&MA tak merasakan beban ini, masih boleh boros apabila biasiswa diumumka...