Skip to main content

Posts

Biru Langit

Bila memandang langit jangan hanya memandang pada kecantikan warna birunya, tetapi ingatlah ada rahsia yang tersembunyi yang kita tak terfikir. Melihat dengan mata hati, kita akan nampak sesuatu. Langit, birunya bukan sekadar biru, memandangnya meredakan hati kacau, jiwa bergelora. Hati jadi kacau, ada rasa-rasa halus membisikkan yang tidak enak-enak semalam. Dekat di telinga ini. Terngiang-ngiang apa yang dicakapkan. Mampukah aku menolaknya jauh daripada hidup ini. Pandang langit seketika, Hilang semua rasa, Tenang, Ku lupakan semua salah,

Cinta Tuhan

Di manakah cinta Tuhan, Tersungkur aku dalam pencarian, Mencari jalan pulang, Ku temui kegagalan. Bayang-bayang dosa mengekori, Sesaat, Seminit, Setiap detik. Aku lemas, Tak jumpa jalan pulang. Makin diusir,Dia hampir, Basah sejadah dek sungai penyesalan, Terlayar setiap dosa, Aku hampir pitam, Tuhan, Terlihat dosa sendiri, Ini baru dunia, Bagaimana di hadapan-MU kelak? Saat semua manusia berkumpul, bersama amalan. Di mana kedudukan aku, Hamba berdosa, Disekat dosa, Tak sedar dosa. Biarkan air mata mengalir, Sebelum mentari ria menghampiri. Aku, kau, dia, kalian, semua umat... Saat janji Tuhan dekat, Tak pasti BILA!!!

Belek-belek Buku

Aku cuba menekuni Motivasi menjadi wanita paling bahagia, dan aku temui ini, yang menarik perhatian aku. Sekadar sedikit perkongsian daripada seorang Jamilah... m/s116: motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia-Dr. Aidh abdullah Al-Qarni Jika anda ditimpa musibah, bersabarlah, kerana ALLAH pasti menunjukkan jalan keluarnya duduklah dengan tenang dan khusyuk selepas menunaikan solat Subuh selagi dalam keadaan menghadap kiblat. Tidak perlu terlalu lama,memadailah sekitar sepuluh atau lima belas minit. Setelah berzikir, berdoalah kepada ALLAH meminta dikurniakan hari yang indah, baik dan penuh berkat. Mohonlah kepada ALLAH agar menjadikan hari itu mepakan hari yang bahagia, penuh keberhasilan, peningkatan dan kejayaan buat anda-jauh dari sebarang dosa, tekanan dan masalah-masalah seumpamanya. mohonlah kebahagiaan dari ALLAH, begitu juga rezeki dan ketenangan hidup. Hsnya dari ALLAHlah kebaikan itu datang, justeru, kepada-NYAlah ianya patut diminta. Kebiasaan duduk yang sebentar ini ak...

Serabut @ Tenang Sekarang

Hidup tak punya amaran, Datangnya duka, munculnya ceria, Kita, Peka, Berjaya, KIta, Cuai, Syaitan merajai. Jangan pandang belakang, Bila kejayaan jadi milkmu, Bukan kita menetukan Namun, Mohonlah terbaik, Tuhan akan beri. Jangan beri peluang pada kesedihan, Merajai, Senyum, Doa, Ikhlas... SYUKURLAH APA KAU MILIKI. HISAB APA KEKURANGAN LIHAT APA KELEBIHAN HARGAI MEREKA...

Aku Dah Okey

Carilah ketenangan, lewat sujud pada yang Esa, Hindarkan kesedihan, Kau pasti bahagia, Pandanglah sesuatu secara positif, Mata hati mentafsir, Tangan berbicara Hati gundah sembunyikan, Zahirkan senyuman manis, Semanis madu... :)

Esok Balik

Alhamdulillah berjaya melangsaikan kertas-kertas peperiksaan, walaupun memang tak tahu begaimana keputusannya. Pasrah walau apa sekalipun yang aku dapat. Aku berusaha dan akan dapat apa yang telah aku usahakan, Insya ALLAH, usaha yang teramat sedikit dan tak ral;at jika dapat keputusan yang sedikit. Sedikit perkongsian sebelum kaki melangkah meninggalkan bumi Nilai. Wahai diri-diri yang diberi peluang oleh ALLAH untuk duduk di menara gading, sangat besar sebenarnya tugas kita di sini. Adakah mampu untuk pundak kita benar-benar memanfaatkan amanah yang diberi. Harapan mak ayah, guru-guru sekolah menengah dulu, kawan-kawan yang tak berpeluang ke sini, dan harapan oleh diri sendiri. Tentu tak mahu sekadar cukup-cukup makan dan inginkan kegemilangan. Jadi, imbau semula dalam diri, sebenarnya cukupkah bekalan yang kita bawa sebelum ke sini? Soalan ini ana tujukan untuk diri sendiri... Walaupun kita fikirkan kehidupan kita di sini serba kekurangan dan banyak ekluhan meniti bibir, tapi ...