Skip to main content

Posts

balik tanah tumpah darah

Tadi aku berjaya mendapatkan tiket untuk balik kampung...  Transnasional, 5hb Jun 2008... 10 pagi, insya Allah tak sabar nak tunggu...  Aku nak balik, jumpa anak saudara.  Ada sesuatu yang aku belikan untuk mereka...  Aku mahu lihat kecomelan wajah mereka. Tak sabar menanti...  walaupun perlu menghadapi peperiksaan akhir daulu, tak kisah, asal sahaja aku dapat pulang. Bukan beerti aku bosan tinggal di bumi Nilai yang permai ini, aku mahu cari kelainan. Cari semangat untuk meneruskan semester baru. nak jumpa guru-guru, kawan-kawan, ayah, kakak, dan semuanya....  Ada segantang rindu menanti semua di kampung.  Ketahuilah kalian, walaupun anakmu ini bukan anak yang trebaik berbanding yang lain, aku amat menyayangimu... Tiada dua dalam dunia ini... Aqilah dan Syauqi, tunggu, Acu akan pulang tak lama lagi... Kita boleh kawan. ;)

Malam Yang Sepi

31 MEI 2008 MALAM YANG SEPI Malam ini aku lalui seperti malam-malam sebelum ini.Tapi aku lampirkan sebuah pernyataan teman baik aku. Namanya minta dirahsiakan. Dia luahkan pada aku apa yang dia rasa sepanjang kehidupannya beberapa bulan di sini. Aku menjadi pendengar, menadah telinga penuh tekun... Bacalah pernyataan ini dengan mata hati walaupun tiada kena mengena dengan anda, daripada teman aku yang terlalu pendiam dan suka menyendiri... Jika tak mengenalinya pasti fikirkan dia sombong... TEMAN: Saya sedih sangat malam ni, saya semak, mengapa perkataaan ini terlintas di fikiran? Lihat sahaja tempat saya malam ini. Buku berterabur, kertas -kertas nag dikeronyok. Saya mengantuk sebenarnya tapi tak berniat nak tidur lagi, ya memang mengantuk tapi saya gagahkan diri untuk berjaga. sebenarnya banyak kerja untuk dibuat tapi saya sendiri tak pasti nak buat apa. Tugas sampai bila-bila tak akan habis. Saya yang perlu ada inisiatif sendiri untuk buat apa yang sepatutnya... Fikiran say...

air mata ustaz

hari ini hari terakhir untuk kelas kitabah, jadi kami adakan jamuan untuk ustaz khalid. Amat lumayan, hanya bayar RM2.00. Berbaloi le untuk sarapan. Pengerusinya seorang sahabat sekelas. kebetulan ustaz sebenarnya kurang sihat, namun tetap hadir juga ke kelas, YA ALLAH, rajinnya ustaz, tak macam anak muridnya yang malas ini. Mereka persilakan ustaz memberi sepatah dua kata. Tentunya dalam bahasa Arab. memang tak faham seratus peratus tapiboleh ditangkap maksud ustaz. Ya, ustaz memang suka memuji, bak kata ustaz aku sebelum ini, orang sudan suka memuji walaupun kebaikan yang kita lakukan kecil sahaja... walaupun aku terutamanya dalam kelas terasa seperti kurang beradab dalam kelas. Memang, ustaz memberi ucapan dalam keadaan sebak. Sesekali kura tangannya mengesat mata. tiba giliran wakil muslimat memberi ucapan, nampak benar air mata seorang ustaz. Mahalnya air mata itu... Ah, ustaz terlalu baik. saban hari menasihatkanpelajarnya supaya rajin membaca. Aku yang degil... Paling sero...

mata

Mata, anugerah ALLAH pada hamba-NYA yang dipilih, Ada insan yang ALLAH tak kurniakan nikmat mata,  Terbebas daripada dosa daripada mata, mungkinkah kita telah menggunakan nikmat ini dengan sebaik-baiknya. Untuk apa kita gunakan mata ini. Menonton cerita-cerita lagha, melihat maksiat dan berdiam diri,  Melihat kebesaran Tuhan, atau bagaimana? Secara jujur, aku sendiri tidak menggunakan nikmast ini dengan sebaiknya. Melihat perkara yang tidak sepatutnya dan tidak menggunakan nikmat terindah ini... Ya ALLAH, lalainya aku dengan nikmat ini.  Nampak mata seperti kecil cuma namun besar amat maknanya. Tanpa mata kita tak mampu melihat mak ayah, kawan-kawan, alam ciptaan ALLAH. Kepada yang mengalami masalah rabun, mungkin ini peringatan daripadanya... Supaya diri berhati-hati dengan perkara yang hendak dilihat. Jangan bermain mata... Itu kata orang lama-lama... Ya, dari mata tutun ke hati. Terutamanya bagi yang berlainan jantina. Lawan jenis. Melihat sahaja bole...
Semua orang cakap menulis mudah dapat duit. Tapi hakikatnya tidak semudah itu. Mungkin senang bagi penulis popular dan luas pengalaman, tapi bagi yang baru memulakan langkah, bukan sesuatu yang mudah. Payah. Kena berfikiran positif? Aku tak bermaksud menakutkan sesiapa yang mahu belajar menulis, tapi nak menulis senang tapi, bagaimana dengan tulisan kita. Adakah memberi kesan pada orang lain. Mengajak orang lain membuat kebaikan? atau mendorong kawan-kawan melakukan maksiat. Besar tanggungjkawab tu, entah bagaimana mahu dijawab depan Maha Pencipta kelak. Penulis akan bertanggungjawab setiap patah tulisannya. Adakah dia sendiri tidak melaksanakan apa yang ditulis selama ini. Itu yang aku paling takut. Aku bukannya arif benar dalam dunia penulisan. Tapi aku mencuba untuk terjun walaupun hakikatnta tidak selalu serius. Aku seringkali cemburu melihat orang lain banyak pengetahuan, sedangkan aku tidak mengkorek rahsia kejayaan mereka. Aku membiarkan bakat aku pergi... Ya setiap ...

haflatul wada'

Semalam bertempat di blokC:1:21 kumpulan 1 LQM telah berjaya menganjurkan satu jamuan meraikan ustaz Azlan. Bertujuan meraikan jasa yang ustaz curahkan sepanjang sem ini. Walaupun hanya beberapa minggu bersama, alhamdulillah, banyak perubahan yang nampak. Ini pengakuan ustaz sendiri. ALLAH telah tetapkan ustaz sebagai seorang pencetus perubahan ini. Alhamdulillah, semua seronok walaupun memang terharu... Semuanya aturan daripada LLAH, kita hamba melaksanakan apa yang dikerah Tuhan kita... Apa-apa pun semoga hidup kami sentiasa diberkati....
SATURDAY, MAY 24, 2008 Kasih sayang, letaknya jauh di lubuk hati, tak terzahir, salah dimengerti, Kadang tertewas, kasih sayang, bersemi nama Ilahi, Tertera nama Ilahi, diberkati, bukan mudah memupuk kasih sayang, ketahuilah bagi yang memikirkan... anak kini sayangkan pasangan, melebihi Tuhan, Ibu Ayah, sahabat taulan, Sedang ijab belum diakad,,, Tanya imanmu, bagaimana begini? ajaran siapa???