Skip to main content

Posts

Kembali Setelah Lama Menyepi

Sudah lama sebenarnya blog ini tidak dijengah. Bukan sibuk atau apa. Bila ke cyber cafe sibuk menziarah blog orang lain,lupa blog sendiri. Ada juga saya menjengah blog-blog pilihan, kawan-kawan MPR, Kak Nisah, Minggu Penulis Remaja, Abang Faisal. Bila tengok teringat banyak yang saya belum buat, dibandingkan dengan orang lain saya agak ketinggalan. Namun saya tak patut biarkan perkara ini berlanjutan. Tahun baru dah menjengah, usia dah bertambah. Jika terus-terusan terbuai kenikmatan hidup tanpa melakukan perkara berfaedah, aku juga yang akan musnah nanti. Fikiran ini akan selamanya tak berkembang. Semoga 1429H mencatatkan sesuatu yang manis dalam lipatan hidup saya dan semua. Jika kita tidak berusaha untuk mengubah diri kita selamanya kita tidak akan berubah. Kita yang perlu menjadi penggerak. Bukan melihat orang lain bergerak, kita memerhati. Tahun ini saya tak memasang sebarang azam Bagi saya, azam tak perlu dipasang tapi hari-hari kena niatkan untuk dapatkan yang terbaik. Jik...

Kalian Yang Terpilih

kredit:  rumah kita paling indah Ramai orang akan mengeluh saat mendapat tahu mereka akan dipindahkan ke tempat baharu.  Almaklumlah daripada tempat selesa menuju tempat tidak dijangka...  Banyak kekurangan.  Kalau boleh semua mahu mengelak.  Namun apa boleh buat, ada kekangan yang menyebabkan perkara ini tak dapat dielakkan.  Kita terpaksa menghadapinya.  Apa-apa sekalipun buat sahabat semua, teruskan perjuangan kalian.  Jangan mengalah di tempat baru.  Kita sedang berjuang dan orang berjuang itu pasti akan diuji...  Biar apa yang terjadi jika kita bersabar ada buah yang manis dapat kita rasa.  Namun jika kita asyik mengeluh, semua perkara yang dibuat serba tak kena dan kita akan cepat letih dan muak.  Perasaan benci akan menguasai..

Terima Kasih, MPR 2007

Sudah lama blog ini tidak di kemaskini. Sejak pulang daripada MPR tempoh hari, saya langsung tak peluang ke pusat komputer. Almaklumlah, tempat baru. Pusat komputer ini pun baru di buka... kasihan... Mula-mula melayari laman sesawang MPR terkejut juga melihat banyak isu-isu baru yang saya tidak tahu. Apa-apa pun, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku selama ini. Buat semua yang banyak mamberikan pertolongan sepanjang seminggu saya berkampung di DBP, hanya ucapan terima kasih saya ucapkan. Banyak jasa dan budi kalian yang tak terbalas. Para fasilitator yang menabur budi. Urusetia yang baik hati, kawan-kawan yang memahami. Saya sedar dan amat maklum keadaan saya ketika di sana mungkin menimbulkan sebuah persoalan. Saya memang lebih gemar memerhati, seolah-olah tidak ambil endah... Buat sahabat keluarga MPR 07, teruskan perjuangan kalian. Sekali melangkah teruslah mara, kita perlu memperjuangkan bahasa kita yang semakin hanyut ditelan arus masa.. Kita adalah tunas yang akan menj...

Salam Imtihan

kepada semua, selamat menghadapi final exam yang bakal tiba... ingat, kita belajar bukan sekadar untuk peperiksaan tetapi sebagai bekalan untuk menghadapi hati depan yang menjanjikan 1001 cabaran.... good luck!!!!

Madame Yang Berjasa

Sedih sebenarnya mengenangkan kami akan berpisah dengan madame Arnie. Malam itu ana belajar makna sebuah ikatan persaudaran dan tautan kasih sesama insan. Namun setiap pertemuan pasangannnya perpisahan. Semoga ianya hanya seketika. Beliau terlalu banyak berjasa terhadap kami. Tidak mampu dinilai dengan matawang. Banyak yang ana belajar daripada beliau. Tapi biasalah, ana dalam kelas memang selalu muka seposen. Orang lihat pun... tapi sebenarnya ana tak cam tu.hehe... Doa ana, semoga kami mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan nanti... Buat kawan-kawan, good luck dan terimaa kasih sudi terima ana sebagai kawan.. Buatmu Madame Arnie, tidak ternilai jasamu, tidak terbayar budimu, dengan matawang, atau, sebarang emas permata, bersamamu, aku belajar erti keberanian, makna keyakinan, terima kasih, syukran, thank you, arigato, hanya buat dan Madame, Syukur Ya ALLAH, mempertemukan aku, dengan sdeorang Madame, Yang cantik, dan, amat memahami...

Entah Aper-Aper ...

Kelas aku dah berakhir... cuma nak exam jer... Entah ler, exam mid sem pun cukup-cukup makan jer. Itulah yang aku buat, dan itulah yang akau dapat... hehe.

Kasih Insan Bersaudara

Setiap pertemuan pasti berakhir dengan sebuah perpisahan. Sama ada kita merelakan atau tidak. Dua hari lalu, madame reading ana berhenti, melanjutkan pelajaran dalam master... memang sayu, mengenangkan dia baik sangat.....