Tiada yang dapat membangunkan diri engkau melainkan engkau sendiri. Minggu ini menjadi minggu yang sunyi dalam bising. Kepala dan jasad enggan berdamai. Apabila satu anggota sakit, seluruh jasad memikul kesannya. Sejak Selasa. Berterusan sampai Khamis. Aku enggan bertemu orang walaupun aku sudah berjanji memulakan tugasan yang diminta. Jasad aku tidak membenarkan. Akhirnya aku berasalan dan mengangguhkan sampai minggu depan. Aku perlu berdamai dengan diri aku sendiri. Minggu ini jadi minggu sesak dalam diam. Diri sendiri yang sesak. Di luar, masih damai. Aku mahu berlajar berdiam. Akhirnya aku membiarkan tulisan aku berbicara. Berbicara di ruang bising yang diam. Di sini, tiada yang melawat. Aku juga lebih bebas berbicara di sini. Menaip satu demi satu kata... HARGA MENDEWASA Aku tidak rasa aku dewasa. Usia yang makin merangkak tua. Menuju mati. Makin pendek masa. Makin sedikit ruang. Hanya aku yang belum sedar diri. Aku masih melakukan hal sesuka hati. Membuat h...
catatan untuk mengabadikan