"Akak la kena kahwin dahulu. Saya masih muda." Lala hanya diam mendengar kata-kata kawan serumahnya. Ada hal yang hanya dia mampu jawab dengan senyuman.
Bukan hal belum bersedia, sebab selamanya kita tidak bersedia. Banyak yang perlu difikirkan sebelum memasuki dunia bernama perkahwinan.Bagi orang lain, mungkin perlu meneruskannya, tetapi bagi seorang dia, biarlah dia bersendiri dahulu, sampai masa menentukannya.
Agaknya kerana masa untuk dia fikirkan tentang hal pernikahan sudah berlalu. Kini dia hanya fikir untuk meneruskan kehidupan dengan rasa bahagia.
Tidak mudah meneruskan kehidupan di kota tanpa ada pendapatan tetap. Duit keluar tetapi tiada duit masuk. Itulah yang terjadi sekarang. Masih melanjutkan pengajian yang entah bila akan berakhir, baru memikirkan untuk kembali mencari wang, penjagaan diri, penjagaan orang lain, dan seribu satu macam persoalan yang sedang bermain dalam diri...
Dia akan bernikah apabila masanya tiba.
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments