"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Aku diizinkan pulang ke kampung. Meninggalkn seketika dunia edit-tulis, bertemu ayah dan keluarga tercinta. Sekejap lagi baik daripada aku langsung tidak pulang, kan? "Abang dapat nombor 1. Dapat hadiah buku." "Meja yang kakak buat tak runtuh." "Fiqah masa lahir dulu cantik dan comel." Tidak pandai melayan kanak-kanak, dengan mereka bertiga aku layankan juga. Abang yang tidak boleh salah sedikit akan menangis, kakak yang makin menuju remaja dan Fiqah yang comel. Semoga kalian dilindungi. Dan, bukan seorang orang baharu yang bakal bertamu tahun ini. Insya Allah, 3 orang. :) Semoga baik-baik sahaja. Tadi, pemegang beg tercabut, roda patah "nak saya tolong." aku menolak. teksi. tali beg tercabut. Adakah aku sedang marah? hm. Dan ya.. Minggu hadapan akan pulang hari, sehari sebelum raya. Syahdu rasanya... tapi itu pilihan...
catatan untuk mengabadikan