"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Suatu hari awak tanya saya. Bagaimana kalau awak yang dahulu muncul. Dan saya seakan-akan memberi jawapan yang mengelirukan. Saya kata yang awak dan dahulu saya sahaja.Entah, saya beri jawapan yang terlintas di fikiran pada waktu itu. Awak tanya semula, mengapa sama. Orang lain cakap tak sama. Aku kaku tanpa jawapan. Mesej itu terbiar tidak berbalas. Memang aku rindukan awak yang lama. Tetapi saya suka juga awak yang baharu. Semoga apa-apa sahaja terbaik untuk awak. Asal awak kembali sihat. Saya rindu mendengar celoteh dan bicara awak setiap kali kita berpeluang berborak-borak. Awak suka cerita macam-macam perkara. Tentang keluarga, kawan-kawan, cita-cita, nasyid yang awak suka sekarang... dan macam-macam. Saya masih ingat ketika saya buka booth seminggu di HS bersama Ainul. Awak selalu datang tolong. Awak yang tolong lariskan jualan ORLA. Awak beri saya nasihat tentang pernia...