Hari ini saya berjaya juga mengikuti rehlah yang dianjurkan oleh persatuan akademik saya. Masya allah, melihat mushaf al-quran dari Acheh yang tiba sehari sebelum tsunami menginsafkan insan kerdil ini. Betapa fikiran ini kembali mengimbau kenangan di pusat dokumentasi melayu di dbp. Teringat cerita seorang pustakawan di situ tentang mushaf al-quran yang tiba di yayasan restu sehari sebelum tsunami. Memang teringin nak menatap dengan mata kasar naskah tu. Tak sangka, rehlah yang pada mulanya agak berat untuk saya pergi membuahkan sesutu yang amt bermakna buat diri ini. Betapa Allah mahu menjaga kalam-nya. Kita lihat sahaja, masjid di Acheh terselamat, dan hari ini aku menyaksikan al-quran yang tiba di malaysia sehari sebelum peristiwa dahsyat itu. Masya allah,betapa kuasa kau menentukan apa yang terbaik untuk kami. Cuba kita yang buta mata hati untuk melihat himah di sebalik apa yang berlaku. Rehlah ini memberikan banyak erti terutamanya aku berjaya melihat mushaf itu. Memang ke...
catatan untuk mengabadikan