Skip to main content

Posts

16 Oktober 2023

Hari ini aku belajar berdikari. Belajar di Klinik Kesihatan. Walaupun sedikit 'blur', alhamdulillah, walaupun urusan tidak selesai, sekurangnya aku berjaya melalui hari ini. Selama ini, jika demam selalunya atau perlu bertemu doktor, aku akan ke klinik swasta. Keluarkan wang rawatan dan ubat, sebab mahu cepat.  Suasana berbeza. Aku tahu aku juga perlu berubah. Aku belajar untuk ke klinik kesihatan. Belajar menunggu. Melihat suasana dan belajar. Memerhati dan belajar.  Aku keluar seperti biasa hari ini. Berjalan ke stesen MRT. Kemudiannya menaiki Grab ke klinik kesihatan walaupun dekat. Kerana aku belum biasa dengan tempatnya. Mungkin nanti aku hanya perlu berjalan.Ya. Aku perlu ke sana untuk beberapa kali lagi. Dua kali mungkin.  Kerana aku berhajat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan pada usia 30-an. Walaupun tidak dapat lakukan yang lengkap dan berbayar yang tentunya kita boleh pilih secara menyeluruh, cukuplah tahu yang asas. Semasa sihatlah kita perlu memeriksa kesihatan.
Recent posts

20 September

10 tahun lebih di perantauan, memang jika perlu ke klinik, aku ke klinik berhampiran rumah. Pertama tidak tahu mahu ke klinik kesihatan mana, kedua, ... Bila aku lihat sebenarnya kita boleh sahaja buat saringan awal kesihatan di klinik kesihatan dengan booking di Mysejahtera, aku tempah satu tarikh di klinik kesihatan berhampiran. Aku tidak pula periksa lebih lanjut... Yang akhirnya baru aku tahu kita perlu ke klinik kesihatan yang paling hampir dengan rumah, ikut kawasan kediaman. Begitu. Okeylah, aku belajar satu hal hari ini. (Sebelum ini hanya pernah sekali konon mahu buat pemeriksaan kesihatan untuk sambung belajar). Aku yang agak blur melalui proses hari ini. Hahaha. . Banyak melihat orang sahajalah hari ini sambil menunggu. Dari ruang menunggu penuh sampai kosong menjelang tengah hari. Memang aku antara yang terakhir dipanggil. Layan sahaja. Mak cik di sebelah tanya, "adik datang pukul berapa?" Kisahnya misi hari ini mahu buat saringan kesihatan kurang berjaya. "K

Kepada Siapa Cerita ini Mahu Kuberitahu?

Tak ada yang mengganggu. Tak ada bicara dengan sesiapa. Air mata menitik. Setitik. Dua titik. Berhenti sendiri.  Dalam kepalanya entah ada bicara apa sedang bertelagah sesama sendiri. Hal-hal remeh. Perkara tidak perlu fikir.... Kenapa aku tak kuat? Mengapa aku mengada? Mengapa? Mengapa? Mengapa?  Pernah tak, sesekali, engkau terasa mahu berbual dengan seseorang. Engkau tidak tahu dengan siapa. Engkau mahu berbicara apa-apa sahaja. Namun mustahil engkau dapat lakukannya. Sebab, engkau tak dapat bercerita semuanya... Sebanyak mana engkau berkongsi, akan ada yang akan engkau rahsiakan. Dengan yang paling rapat dengan engkau sekalipun. Engkau mahu menceritakannya. Dalam masa sama engkau rasakan itu terlalu remeh untuk kau bicarakan dengan orang lain. Engkau memilih simpan. Bukan berhasrat untuk memendam. Telah engkau zahirkannya dengan contengan atau pertengkaran dalam kepala sendiri...  Akan ada masa, seperti masa sekarang, engkau mahu berbicara dengan seseorang. Hal-hal remeh. Borak dan

Menjalani Hari

Sudah dua hari kepala ting tong dan rasa mahu tidur sahaja. Hal-hal yang perlu diurus masih tertangguh. Duduk diam di atas katil. Internet aku matikan menjelang malam, Berehat sepenuhnya.  Cuaca di luar sejuk. Hujan memasuki hari ketiga. Di dalam, aku mula bersin dan hidung berair. Memulakan hujung 2023 dengan selesema bukan sesuatu yang menggembirakan.  Tidak mengapa,  Begitulah hari-hari kita. Bukan matahari cerah setiap hari. Ada mendung dan hujan. Harus menikmati apa sekalipun cuaca sekarang. 

Tiada Cerita Baharu Tahun Ini

Pernahkah anda melihat seseorang berada di takuk yang lama untuk beberapa ketika?  Kadang aku merasakan begitu. 2022 sudah di hujung. Bakal berakhir dengan kisah-kisah yang terjadi. Ada yang aku ingat dan catat. Ada yang berlalu seperti angin. Ada peristiwa ingin dilupakan sepenuhnya, ada yang mahu diingat sampai bila-bila.  Ada perasaan baharu hadir. Ada perasaan lama kekal. Dapatlah aku katakan tahun ini aku memilih diriku sendiri juga. Ada ketika, perasaan tidak terkawal. Aku berada di luar kawalan. Melayan perasaan sendiri. Ya. Akhirnya perasaan itu juga berlalu...  Semoga aku dapat menjalani hari. Itu sahaja harapanku sekarang.  "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Lega

Perasaan apakah yang tersimpan dalam diri aku? Semalam, perasaan itu menjerit mahu keluar. Aku tidak dapat bercerita kepada orang lain. Aku tidak tahu mahu bercerita kepada siapa.  Malam itu.  Aku tutup semua lampu. Sekalipun aku lebih selesa tidur lampu terpasang. Cuba menutup mata. Perasaan sedang berlagu. Lagu duka.  Perlahan air mata menitik. Satu. Dua. Tiga titik... Aku biarkan. Aku layan.  Aku rindu air mata. Entah bila kali terakhir air mataku jadi teman. Jadi kelegaan. Setelah air mata gugur, aku lega. Aku boleh tidur lena. Seketika.  Jam 12 aku terjaga. Buat itu ini, sambung tidur... Aku lega, pada malam itu.  Tulisan Aku masih selesa bercerita melalui tulisan. Bersepah tulisanku di mana-mana. Cerita sama. Gaya sama. Aku memilih kata-kata yang mahu aku lontar. Aku simpan baki dalam diri. Atau dalam diari.  Kata-kata aku bukan suara besar. Banyak luahan. Cerita harian. Tentang aku... Lega, setelah menulis.  Semakin tua, kepala makin bising. Mulut makin diam. Kawan makin kurang.

September Menjengah

"Cik belum bank in duit bulan ini." Sudah beberapa hari aku berkira-kira mahu mesej beritahu minta tangguh bayar duit sewa bulan ini. Elaun belum masuk. Aku harus menunggu sebelum boleh bayar duit sewa. Ya. Masih berdegil duduk seorang.  Terima kasih kerana menanti. Bukan sengaja mahu melewatkan, memang perlu duit masuk untuk aku keluarkan duit membayar itu ini.  Itu pun aku masih seperti aku setahun yang lalu. Seolah-olah semua baik-baik sedangkan sedangkan ada ketika aku pura-pura okey. Entah kepada siapa aku berpura... September berlagu. Aku masih sendu.  Semoga aku sedar diri.