Tulisan aku selalu lebih jelas menerangkan tentang sesuatu berbanding bicaraku sendiri. Ada hal-hal yang sangat aku senang menuliskannya. Aku menuliskan sesuatu untuk diri aku sendiri. Itu asas utama. Aku menulis perkara yang tidak mampu aku ceritakan. Apa yang aku tulis, interpretasinya mungkin berbeza dengan apa yang pembaca baca dan sebab sebenar aku menulis.
Menulis adalah cara untuk aku melepaskan... semuanya.
Awak tahu kan, yang menyimpan,tidak selamanya kita akan dapat simpan. Harus diluahkan agar tidak tersimpan sahaja dalam diri. Nanti menjadi semakin teruk. Justeru, aku akan menuliskannya. Kadang menggunakan bahasa terus terang, kadang berselindung di sebalik watak-watak yang dicipta.
Menuliskannya, aku bercerita tentang aku dan tentang dunia fiksyen yang tiada kaitan dengan aku.
Sampai sekarang, aku masih belum temui semangat dahulu ketika mula-mula aku menulis. Ketika diriku penuh keberanian untuk menembusi pasaran. Kini, aku hanya sebagai aku yang sekarang. Yang menulis sekadar meluahkan dan membuat kerja-kerja yang wajib aku siapkan....
Menuliskannya, aku mencari siapa diri aku sebenarnya...

Comments