16 January 2016

15012016, Facebook

Semalam terlepas cakap hal yang tidak sepatutnya. Dan jiran menegur, "kata-kata itu doa tau.."
Lidah.
Sering tanpa sedar melontarkan sahaja kata yang ingin diucapkan. Jaga-jagalah daripada terlepas bicara lagi. Cakap yang baik-baik, kurangkan keluhan, sangkaan dan kata-kata tidak enak.
Enak kan lidah mengeluarkan bicara? Entah tanpa sedar kita sedang memperkatakan hal yang tidak sepatutnya kita cakap.
.
Kita juga sering teruji dengan cakap-cakap kita. Tulisan juga. Bagaimana menjadikan kata-kata dan tulisan bertukar kepada tindakan.
Belajar "berkata" dengan tindakan bukan hanya dengan gerak bibir dan tulisan.
Masih sering tersasar, namun kita tidak boleh berhenti mencuba.
.
Telinga dengan mulut, dua nisbah satu. Maknanya kalau bercakap itu seronok, mendengar seganda lebih menyeronokkan. -SOLUSI 76; 2 Telinga 1 Mulut.
15012016

No comments: