Mungkin ketikan pada typewriter boleh menimbulkan rasa mahu menyambung bait-bait kata menjadi perenggan dan akhirnya berubah menjadi sebuah cerita yang dapat dinikmati semua. Tapi aku belum teruja dengan ketikan demi ketikan di papan kekunci. Perasaan itu tidak sama dengan manisnya menulis pada kertas menggunakan pen gel kegemaran. Lain.
DUA
Mengapa ya bila sudah semuanya depan mata, rasa syukur meminggir daripada jiwa. Sedang saat dihilangkan atau diambil semula daripada dirilah barulah menyesal kata itu dan ini.
TIGA
Menonton Kil dan Finding Forrester. Kepuasan ada sebab ada makna.
EMPAT
Jemput baca Solusi 59 dan Gen-q 25. Ada tulisan Ila Husna dan Jamilah Mohd Norddin. Ulat Buku dalam Gen-Q dan Pesan Nenek dalam Solusi (menggantikan seketika kolumnis asal untuk edisi 59), serta boleh juga membaca Vice Versa dalam Solusi ----> promosi percuma)
LIMA
Cemburu tiada makna kalau tidak usaha tambah bilangan kata.
ENAM
Mengapa jari makin enggan berlari di papan kekunci? Sebab banyak alasan dan aku tidak katakan pada diri, Aku Mahu.
TUJUH
Kakak sudah bergelar graduan UIA kali kedua, hanya aku tidak gembirakan ayah dengan ijazah. :( tahniah kakak, selamat graduate, bergelar isteri.
LAPAN
Tahniah kawan-kawan yang sudah berkahwin dan punya anak. :) Masing-masing bahagia dengan dunia masing-masing.
SEMBILAN
Alhamdulillah untuk 2013 yang manis. Esok aku meninggalkan angka 23, selamat datang angka 24.
SEPULUH
Dunia kreatif dan dunia yang sedang aku gulati sekarang tetap punya beza walau hampir sama. Kata ustaz, kalau hanya sebab duit kamu dalam dunia ini, kamu akan tewas.
SEBELAS
Lagu slow, muzik perlahan, lirik jelas dan aku suka. Itu lagu pilihan aku.
DUA BELAS
Doakan semua umat Islam. Para syuhada itu semuanya pilihan Allah. Doa senjata kita semua.
TIGA BELAS
Dikejutkan dengan hadiah frame gambar yang cantik dan kad comel oleh Ainul. Dia sentiasa kirimkan hadiah, walaupun aku tidak memberinya hadiah.
EMPAT BELAS
"Belanja ke?" Saya tanya dia. Makan tengahari dibelanja rakan sekerja, kak Tiqah. "Belanja in advance" katanya.
LIMA BELAS
Dah kerja tetapi belum ada simpanan itu masalah besar. Bukan sebab beli buku, beli barang sendiri, hanya tidak tahu mengurus kewangan.
ENAM BELAS
Hidup Penuh Cinta memang pergh! Tulisan yang biasa, kesannya luar biasa. #mengumpul dan kutip semangat dengan baca karya Bahruddin Bekri. Tidak mengecewakan.
TUJUH BELAS
"Mengapa bunuh diri?" "Sebab dia pentingkan diri." KIL. Filem ini bukan ajar untuk bunuh diri, tetapi memahami diri sendiri.
LAPAN BELAS
Banyak mana pun gaji tidak cukup jika tidak mengucapkan alhamdulillah, aku bersyukur dengan rezeki yang Engkau kurniakan.
SEMBILAN BELAS
Aku tidak berhak marah, kecil hati,tersinggung atau punya perasaan negatif sebab aku bukan siapa-siapa, hanya tahu jaga hati sendiri tanpa peduli perasaan sekeliling.
DUA PULUH
tulis. tulis. tulis. hantar ---> pandai cakap buat tidak.
DUA PULUH SATU
Asal hatimu putih, sayang...
DUA PULUH DUA
Dunia ini sederhana kecil!! Pusing-pusing kamu akan bertemu jua.
DUA PULUH TIGA
"sebab itu kena simpan benda yang kita ingat." (sikit-sikit yang ingat petikan Pasport Ekspres yang superb.
19 Ogos 2013
menjelang 20 Ogos
# kalauhilanginsaninidarimukabumi,tulisaniniubatrinduitu.
Comments
jamilah, maaf atas penundaan pertemuan Sabtu lepas. harapnya, masih ada janji untuk akan datang.
semalam, Umy jalan2 masjid jamek 'mencari diri' (eceh), pusing MPH wangsa maju, dan dapatkan satu SDCB karya kak ainunl. tapi, masih menunggu mood yang sesuai untuk dibaca :)
argghhh, belum tengok KIL lagi (jeless!) dan catatan yang buat Umy terfikir, banyak. jazakillahhu khayran, sahabatku.
selamat hari lahir yang ke-24. moga kita sama-sama makin dekat dengan Allah.
love,
Umy.
*Tidakkejambukan?*
(*^-^*)
syukran.:)
Umairah,
umy kalau mahu tonton KIL, saya punya CD-nya.. :) Insya-Allah, sampai masanya bertemulah kita nanti.
Adinda Ina,
I tak kisah tak ucap atau sengaja lupakan tarikh itu sekalipun.