Skip to main content

ASWARA, bukan masanya lagi aku ke sana

Kembalinya aku ke kampung beberapa hari yang lalu, teringat aku akan suatu perkara. Semasa aku belajar di UIA, aku pernah berkata, aku nak kerja. Tidak mahu lagi hanya mengharapkan duit ayah, minta pada kakak-kakak. Aku ada keinginan yang tinggi mahu beli buku yang aku suka. Buku kawan-kawan. Majalah setiap bulan.Walau aku hanya belek, aku masih suka beli. Aku bukan mudah membeli baju, namun senang memilih buku.

Aku kata, aku penat belajar. Itu titik mula kejatuhan aku. Aku tiada semangat, main-main, banyak yang aku tidak endahkan. Pengakhirannya, pengajian aku ditamatkan kala aku hampir tamat pengajian. Itu salah satu pemberontakan aku. Pemberontakan dalam diri sendiri yang terzahir. Akibatnya, aku yang tanggung.

Sekarang, aku bekerja. Boleh beri duit pada ayah walaupun tidak banyak. Boleh beli buku aku mahu dengan duit sendiri. Bukan gaji besar atau kecil persoalannya. :)

Aku minta ke ASWARA
konon mahu sambung belajar
sudah dapat, aku tolak.
Semoga ini kegembiraan.
Aku teruja, tetapi harus menolak.
Aku tidak mahu mereka fikirkan soal poket aku.
Masanya akan tiba, bukan untuk setahun ini.

Tetapi
aku tidak berhenti beajar.
dalam sekolah kehidupan, aku menuntut.

Jika orang lain sedih atau terkilan aku menolak tawaran ini, aku memberikan jawapan dalam air mata semasa memutuskannya. Bukan mudah, tetapi aku harus melepaskannya. Kali ini.

Maaf.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub