29 March 2008

Apabila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung

Assalamualaikum,

Sekadar catatan pagi minggu. Aku pasti semalam tentu ramai yang bergelap menyambut seruan 60 earth hour.. Kempen selamatkan bumi.. Alkisahnya aku tidak bergelap semalam kerana di masjid Putra tidak bergelap dan aku di situ kerana ada talk bertajuk "Apabila Baju Melayu bertemu Baju Kurung."

Pertama kali melihat tajuknya aku sudah dapat mengagak yang ianya tentang cinta, couple. Tapi aku nak juga pergi daripada aku di bilik, tidur.

Ahli panelnya semua berkelulusan luar negara. Menarik juga walaupun di hujungnya mata sudah disapu celak oleh syaitan. Ya, kembali kepada topik.

Panel pertama mengatakan seronoknya pada hari akad nikah hinggakan kata isteri beliau tiada lagi senyuman semanis itu setelah mereka melangkah ke alam perkahwinan..

Ada suka, syukur dan terbeban kerana beliau (suami) ada tugas untuk memimpin orang lain seumur hidup. Bukan senang, betul?

Cukup senang kita berteori dan memberi hukum, couple memang haram. Namun jika dilihat kembali kepada realiti masyarakat, mereka yang tidak bercinta @ mempunyai couple adalah satu fenomena luar biasa. Tapi apa peranan kita yang sedar & tahu & maklum akan keburukan couple?

Wujud pula istilah islamic couple. Jujurnya minta dijauhkan diri aku daripada tergolong dalam ini. Moga cinta itu wujud setelah ikatan yang sah. Yang berlalu biarlah, itu zaman jahiliah, tak perlu mengulang. Pendapat aku, usahlah menggunakan terma-terma islamik untuk menghalalkan benda yang jelas melalaikan.

(YA ALLAH, lindungi hamba daripada cinta palsu yang menyesatkan). Bolehkah kita saling berhubungan dengan seorang lelaki tanpa muhrim untuk mengajak beliau bertahajud, puasa... Di sini, timbul pula persoalan. Atas nit apakah pula kita melakukan semua itu? Tentunya kerana sang jejaka yang halal kita nikahi itu.

Berkata-kata sangat mudah, namun untuk melaksanakan memerlukan perjuangan melawan nafsu yang sentiasa bergelodak. Kata nak kahwin itu mudah, tapi untuk menjalankan tanggungjawab amatlah payah.

Sudah lama dan berterusan isu ini sebenarnya. Bukan hukum yang diperlukan, tapi langkah membendung gejala ini. Bukan ingin menyalahkan, namun sekarang, ada ibu bapa yang merestui hubungan luar nikah (betul kan istilah ini?) anaknya itu. Bagaimana begini?

Inilah antara isi yang aku dapat dalam forum semalam. Sekurangnya dapat juga mengisi akal yang gersang tak disiram ilmu. Sekadar ini aku mahu berkongsi. Wassalam

No comments: