Skip to main content

Posts

Blog; Kembali Aku Bising Di Sini

30 Oktober 2017 Minggu ketujuh saya sebagai pelajar ASWARA. Minggu ketujuh bersamaan cuti pertengahan semester yang tidak berapa dapat nak bercuti sebab tugasan-tugasan harus juga dilaksanakan. Berkesempatan saya ke Kedai Komputer di blok kawasan perumahan yang menawarkan perkhidmatan menarik, dan harga yang menarik untuk saya berlama-lama di sini. 1 jam seringgit. Tidak perlulah melanggan internet di rumah. Turun sahaja ke sini jika berkesempatan. Membelek-beleklah saya akan blog ini yang rupa-rupanya sudah 10 tahun saya mengendalikannya. Jika orang lain sudah menghasilkan buku daripada blog, saya lebih sekadar blog sebagai rakaman pengalaman dan catatan. Bukan tidak berimpian ada buku lagi, namun penulisan-penulisan saya banyak tidak mencapai piawai untuk diterbitkan sebagai buku. Mencuba. Saya harus berusaha untuk kembali menulis, dan tekal menulis lantaran sudah memulakan kembali pengajian dalam bidang penulisan. Penulisan sangat memerlukan latihan. Tidak diasah, makin tum...

...Sebulan Sudah

Sudah memasuki minggu keempat aku memulakan semua pengajian semula. ..... Ada ketika, ada banyak hal yang mahu dituliskan, namun saat jemari sudah di papan kekunci, kata-kata mati sendiri. Semoga aku akan terus menulis. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

September, berakhir musim menanam anggur

Suasana baharu yang sangat berbeza dengan persekitaran aku sebelum-sebelum ini. Total. Dalam diri, bersarang kebimbangan, namun langkah mesti diteruskan. Berpesan kepada diri, pandai-pandai jaga diri di tempat orang. ASWARA. PENULISAN KREATIF. Impian sejak pertama kali aku ke sana 2011, tidak silap. Namun ketika ditanya, bagaimana awak tahu tentang ASWARA, aku seakan tiada jawapan. Entah di mana mula perkenalan aku dengan Akademi.  Belajar. Berhenti. Bekerja. Berhenti. Rehat. Kembali belajar. Berpesan kakak kepadaku, belajar sampai habis.  Buat sehabis baik. Ini peluang terakhir untuk aku. Peluang menebus kesempatan belajar bahasa Arab yang sudah aku sia-siakan.. Semoga kali ini, tiga tahun lagi, aku habis belajar di Akademi.  Belum bermula kelas. Baru selesai Minggu Haluan Siswa selama empat hari....  Pesan senior, di sini, jagalah prinsip diri. Jaga iman. Kena kuat. Semoga ada catatan-catatan seterusnya selama aku berada di sana.

Terima kasih, guru!

Semasa bertugas sebagai subeditor, aku sering menolak jika diminta menulis atau menyediakan artikel gantian untuk majalah. Rasa tidak yakin untuk 'menghidangkan' tulisan kepada pembaca sentiasa menghantui. Namun ketika awal bertugas, aku diminta menyediakan tulisan segmen Vice Versa, sebanyak separuh muka surat. Hanya tulisan ini yang aku bertahan tulis, sebab aku bebas menulis apa sahaja dengan tema vice versa. Sampai ruangan itu ditamatkan... Dalam tempoh aku bekerja, beberapa kali aku bersetuju menulis. Terima kasih guru-guru yang tidak berhenti memintaku menulis. Akhirnya, tulisan-tulisan inilah yang menjadi bukti penulisan, kerana sudah tersiar si media cetak, bukan hanya berselerak di media sosial aku... Terima kasih, guru-guru. ............. Kita menghargai, apabila kita sudah meninggalkan. Ketika itulah kita sedar betapa berharganya saat yang bernama kesempatan bersama. Ketika itu kita diajar dan belajar banyak perkara. Walaupun aku bukanlah 'pelajar' y...

Sabar

Kalaupun bukan bunga yang ada dalam genggaman, jangan sesekali kecewa. Selama mana ada dalam hatimu “rasa”, bunga akan engkau genggam semula. Bisikkan dalam hatimu, “sabar dan bertenang,”. Semuanya akan reda dan kebahagiaan akan jadi milik kamu semula. Jangan terlalu menangisi, cari kekuatan untuk kembali bangkiot. Bangkit melawan raksasa dalam diri. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Ilham

Yang bernama ilham atau idea itu, datangnya hanya sekali. Jika tidak dituliskan, jarang dapat diinat kembali. Jika datang semula, bentuknya tidak lagi sama. Jika lebih baik, alhamdulillah. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Benarkanlah

Hati tidak akan pernah berhenti berkata-kata. Ajarilah hati untuk mengucapkan semua keindahakan dan membisikkan kebesaran kerana Allah. Benarkanlah diri meyantuni akal. Benarkanlah iman menyantuni kita, pimpin diri menuju Yang Esa. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.