Skip to main content

Posts

Orang Sibuk

Beruntunglah jika anda menjadi orang yang sibuk. Kerana hanya orang yang sibuk tahu menghatgai masa. Dia tiada masa hatta untuk menjeling ke arah telefon genggamnya. Dia akan merancang agar semua kerja boleh dilaksanakan pada masanya. Demikian orang sibuk. Dia sibuk tapi dia tidak menyibuk. Ada sahaja tugas yang akan dilakukannya. Ada sahaja perkara yang akan diselesaikannya. Alhamdulillah, jika engkau orang yang sedang sibuk. Sibuklah dengan kebaikan bukan sibuk cari kesalahan. Sibuklah dengan al-Quran agar itulah yang akan jadi peneman kala susah. Jamilah, sibukkanlah dirimu sebab masa lapang hanya buat kaulupa berapa banyak masa yang sudah engkau bazirkan.

Catatan Sebelum Esok

Esok belum pasti kau akan nikmati. Namun engkau sudah berbicara sedang esok, sedang hari ini engkau kecewa lagi. Bagaimana hari ini yang kaulalui tanpa nikmat rasa "sibuk" dan kau hanya termangu. Diam dan kaku di tempat sendiri. Seakan hilang sudah daya untuk kau "mengusik" seperti biasa. Awak tahu apa itu rasa janggal? Apabila kawan yang engkau jumpa hari-hari, esoknya engkau rasa segan nak tegur dia. Awak rasa ada jarak yang memisahkan. Awak rasa janggal. ...sebab hati kau kotor. Hubungan kai dengan manusia jado rosak. Diam. Dia minggu aku hanya berdiam diri. Cuba untuk buat-buat sibuk dengan hal yang tidak sibuk. Dan aku terasa lelah. Fizikal dan mental...

Kembali

Mahu aku kembali di sini. Tempat aku lebih bebas mencurah rasa. Menuliskan semuanya. Bukan di dinding facebook atau instagram. Ada rasa yang memanggil agar aku kembali... di sini. Selamat kembali, manuskrip bawah meja kembali berfungsi. Insya-Allah. Cuba untuk aku menulis kembali, selepas status di facebook sedang aku cuba untuk padamkan, dan diamkan diri di sana. Aku rindu bersunyi di sini. 😊
Awak mesti menulis. Itu kata dia. Dan aku seperti biasa menolak. Adakah aku menunggu sesuatu terjadi sebelum tersedar?:( "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Maafkan aku. Tersentap dengan perbualan tadi. Rasa nak nanges.

Perbualan Durrah-Ibtisam

Durrah: Mengapa kau tuliskan tentang perkara itu? Ibtisam: Sebab tak semua benda aku ingat. Banyak hal aku lupa. Dengan menuliskannya, aku akan ingat. Bila aku membacanya, aku kembali ke masa itu. Durrah: Yalah. Kau tulis, kau juga suka padam bila kau rasa tak perlukannya. Ibtisam: Aku cuba. Cuba untuk menulis dan tidak menekan butang delete itu. Status Facebook 11 Ogos 2015 ‪#‎ ilahusnabebel‬   ‪#‎ kisahdurrah‬

Rasa

"Menikmati" rasa-rasa sebelum rasa seterusnya tiba. Semakin banyak hal yang menyakitkan saat mendengar kenyataan-kenyataan "mereka". Hari-hari berulang isu demi isu, yang mereka berkata-kata dan terus mengeluarkan kata-kata. Sedih. Sakit. Pedih. Dalam ketawa mendengar "lawak" yang tidak lawak, hati tetap rasa sakit. "Mereka" seakan tiada rasa apa-apa sedang beban makin memberat di bahu. Semoga lekas keadaan berubah. "Apabila tidak melepaskan, semua tidak bebas, begitu?" Sedih. Sedih membaca khabar "mereka" hari-hari. Yang sakit kita. Yang merasa kesan, kita. Aduhai, semoga lekas keadaan menjadi lain. ‪#‎ ilahusnabebel‬ Status Facebook  11 Ogos 2015 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.