Skip to main content

Posts

Minggu ini. Hari sabtu dapat cuti, rajin sangat nak pergi kerja. Hari isnin, pergi kerja tak dapat fokus. Lawan. Lawan. Lawan. Demikian kata kamu untuk aku selalu. Kamu selalu minta aku bertahan kalau ada sebarang masalah. Tapi, kemampuan kita terbatas untuk segala hal. Dan akhirnya kita hanya terdiam dan kaku. Makan. Nikmat. Ada masa perut belum terlalu lapr tapi kita masih mampu menyuap makanan. Saat lain kita lapar tapi perut menafikan penerimaan sebarag makanan.

selamat tinggal sibongsu

Memang target untuk ke klinik gigi.google klinik gigi terdekat. Lepas kerja semalam misi terlaksana. Geraham hujung sekali berlubang besar. Kata dr, ini setahun lebih punya lubang. Kita akan x-ray tengok boleh cabut biasa atau kena surgeri. Alhamdulillah boleh cabut seperti biasa. Dr memang cuba menenangkan aku. Selepas dibius dia tanya nak periksa gigi lain tak... lain kali, mungkin. Dia bius satu mulut, bila mula rasa kebas memang dah tak asa selera nak cakap. Nak rehat dan mahu cabut terus.. Dan dia memang berusaha keras untuk cabut. Pembantunya pegang mulut aku kuat-kuat. Katanya dia kena tarik kuat-kuat sebab tulang tepi saya kuat macam giant. Haha. Ini, kalau gigi baik bagus. Sayang dah banyak hilang. Serius tak rasa, maybe bius tu masih kuat. 10 minit jugalah kot dia berusaha untuk tarik gigi tu.. sampailah gigi tercabut dan aku macam agak mamai.. Sampai dr tanya, "are you alright? Ada rasa pening?" Masa tu aku memang nak bertemu bantal dan dah melelong ...

hm

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Keliru. Tersangat mahu bercuti Raya Haji ini. Selepas dua bulan aku tidak pulang ke rumah. Tapi... Walaupun tiket dah ambil, sepertinya harus melepaskan. Time busy. Harusnya aku masuk kerja. hm.

Yang Dipinjamkan

Nikmat kesihatan itulah yang Allah pinjamkan untuk kita. teruntuk aku. Jangan sampai ditarik semula, baru tersedar betapa aku tidak menghargainya selama ini. selama aku diam di sini. ...lihatlah jauh-jauh ke dalam diri, betulkan satu demi satu yang terkurang, betulkan yang terbengkok dan terkurang. Sungguh Dia lihat setiap gerakmu. Perasaan. Akukah itu yang selalu tidak puas hati dengan apa-apa yang dipinjamkan untuk aku. Yang diberikan untuk aku. Tidak lama aku berdiri di sini, namun dalam kesedikitan itu aku mesti bertahan, walau aku hanya berdiri di pinggiran. Sampai masa aku akan pergi.

aku.

Menghadap laut luas Dan seorang aku Nampak aku dalam aku. Aku yang dulu Aku yang kaku Aku yang kini Aku yang belum terkemaskini. Seorang aku Dan semua kisah tentang aku Yang sembunyi dan nyata Yang Tuhan sembunyikan dan ternampak jelas terang nyata. Pantai cherating, pahang 140914

untuk awak

Dalam diam ada suara yang sanga riuh riuh riuh yang menggembirakan riuh yang menambah kesyukuran. ...dan dia akan melangkah ke dunia baharu. Debarannya turut terasakan. Mendoakan yang terbaik untukmu, teman. :) jujur saat kau khabarkan itu terdiam aku. Namun aku apabila masanya tepat, semuanya dipercepat. Dalam keadaan kita jangka atau tidak, tapi ada kemudahan. ...selamat melangkah ke dunia baharu, kawan. Dapatkah aku berada di situ pada hari itu? Semoga. [status untuk dia] "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.