Skip to main content

Posts

Disember Bulan Buku

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Lalu wang dalam poket dengan begitu mudah saat kaki menjejak lantai kedai buku. Setiap kali singgah harus ada yang dibawa ke kaunter pembayaran. Bukan tidak teringatkan barisan buku yang menantikan aku tunaikan amanah membacanya, kehendak itu tidak terhalang oleh diri sendiri. Saat melihat deretan buku HAMKA di kedai buu 1Malaysia Puduraya (saya senang menyebutnya Puduraya daripada Pudu Sentral) memang jika boleh mahu mengambil setiap judul. Tahan diri.Cukup dahulu untuk gaji bulan ini, kita tunggu gaji bulan hadapan pula. Dengan Big Bad Wolf, pesta buku, puku yang dibeli di pejabat, kedai buku, memang harus menambah rak dalam Kamar Cinta ini. Sekarang juga harus disusun atas lantai disebabkan ruang yang makin terhad. Susunan buku lebih tinggi daripada ruang baju. Saat membaca, masih lambat. Pegang sebuah, beberapa bab, berpindah ke buku lain dan seterusnya. Banyak buku diba...

Rindu Tanah Bertuah i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. serak cahaya kicau burung gunung ditutup tirai putih deru kenderaan seberang jalan bermulanya hari baharu hari ini! Catatan Durrah: Dua semester sudah UIA aku tinggalkan. Tersedar yang ilmu tidak mampu diukur dengan sekeping sijil. Ilmu yang diperoleh dalam bilik kuliah, bagaimana dalam kehidupan ia diterjemah. Bukan banyak mana ilmu ditimba, manfaat apa ilmu itu membina peribadi, berguna untuk diri, dipersembah pula untuk memberi. Yang paling bermanfaat ilmu yang diamalkan, bukan yang disimpan sendiri. Semoga Allah merahmati para asatizah, muallimah, dr, guru-guru semua cikgu yang berjasa kepada diri ini. Ilmu yang ditaburkan, biar tidak semua tertangkap, semoga ada yang dapat disingkap! 271213 Istana Cinta IH

Catatan Pendek Sela Masa

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 1 "Kerja apa sekarang?" "subeditor," "belajar di mana sebelum ni?' 'SPM ja. :)' Terdiam. Pembelajaran boleh berlaku di dalam kelas atau di mana-mana. ;) 2 "Dua nikmat yang sering dilupakan: -sihat -masa lapang. *Allah, berikanlah kebaikan pada mereka yang sedang diuji. Hanya Engkau mengetahui rahsia segala sesuatu... Tidaklah kau uji selain mereka yang mampu!-19.12.13 3 Ialah dan adalah- dua rumus yang sangat tidak dikuasai... 4 Menerima e-mel atau mesej daripad kolumnis juga boleh membuatkan seorang editor tersenyum sendirian -19.12.13 5 Tidak ada yang membunuh kreativitimu melainkan dirimu sendiri. -9.12.13 6 Sampai masa, kau harus kembali terbang. Sebelum kau selesa mendarat di bumi. 7 Buku dan majalah antara agen kemerdekaan. Sekarang? Apakah fungsi buku dan majalah? Makin membebaskankah atau ... 8 Tuhan...

Sebelum Hujung Tahun

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Berada dalam dunia kerjaya yang anda minat adalah "rezeki" yang tidak semua orang peroleh. Tetapi bukan hanya minat yang utama, kesediaan untuk belajar menjadikan seseorang lekas maju ke depan.  Andai benar, kamu cinta, mengapa tidak dilakukan sepenuh jiwa. Masih lompangnya terlihat sini dan sana. Ingin sekali aku suarakan padamu, bahawa cinta tidak bawa ke mana andai tiada komitmen pada dengan kerjaya. Istiqamah. Ringan di bibir berat dipraktik. Buku baharu. buku baharu. buku baharu. Oh, editor Solusi sudah terbitkan buku beliau, Buku uji minda berkaitan al-Quran. Hanya RM10. Cemburu.Fuh! Membaca hingga terlena atau terlena sebab membaca? Selalu. Nampaknya buku "asyik" diri membaca sebenarnya. Banyak main-main! Sedang masa terlalu suntuk. Terlalu banyak amaran yang tidak diri endahkan. Bahaya!  Alirkan cas positif dalam diri! Bulan 12 bulan berbengkel. Ba...

Conteng-conteng (^_^)

Banyak perkara yang Dia berikan dalam hidup, namun kita lupakan dan mungkin sengaja melupakan tanda-tanda yang Allah tunjukkan sepanjang kembara kita di sini. Allah Maha Adil kepada setiap hamba. Tidak akan sesekali Allah berlaku zalim, hanya manusia itu yang berlaku zalim kepada diri sendiri. Mendengar memberi ingatan baharu buat diri. Banyak bicara kadang perlu, namun dia memilih untuk membisu dan mendiamkan diri. Seperti hari ini. Kaku dan membeku dalam keramaian manusia. Mengeraskan diri di kerusi sampai masa untuk pulang. Sering hadir dalam kepala, sepanjang masa bekerja, berapa lama masa berkualiti sebenarnya yang ada? Bukan sekadar jam berada di pejabat, tetapi kualiti kerja. Sudah genap 9 bulan (25 November) aku bergelar seorang penolong editor... Sesuatu yang dahulunya hanya ada dalam mimpi, dan Dia izinkan aku berdiri dalam daerah ini.. Tahniah dan berkalung-kalung tahniah, teman. Bergelar graduan UIAM yang pastinya menjadi idaman ramai. Alhamdulillah, tidak aku bergel...

Dua Dunia

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Lapan bulan. :) Dunia editor dan penulis. Dunia yang nampak dekat, sebenarnya ada sempadan memisahkan! Saat kamu asyik menulis, ketepikan seketika sisi editor untuk memberi ruang penulisan itu lancar. Selesai menulis, pegang pula peranan sebagai editor karya sendiri. Suntinglah karya tersebut sampai kamu puas hati sebelum dihantar ke rumah penerbitan. Editor gembira menerima karya yang bersih. ;) # 2004, saya menghantar cerpen pertama yang meleret dan terlalu lewah. Rasa saya, lebih separuh yang terpaksa dicantas editor kerana terlalu panjang untuk dimuatkan dalam Dewan Siswa, dua muka cerpen. Terima kasih tuan editor yang mencantikkan karya itu.. Sekarang, sedikit faham peranan editor. :) # Pernah juga menghantar karya bertulisan tangan (biasalah, anak sekolah). Ada editor yang baik hati menyiarkannya... Kasihan pula beliau harus menaip semula. (Sekarang, ada juga menerim...

Asyiknya Menulis Tangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Walau banyak gajet canggih, menulis dalam buku nota lebih memberi 'rasa'." Rasa tak hadir secara spontan atau tidak dijangka. Mungkin, ada ketikanya. Seringnya rasa harus dicari atau 'rasa' itulah yang mencari diri. Seperti menulis dalam buku nota atau gajet canggih. Rasanya akan lain. Menaip dalam laptop dan meluahkan dengan tulisan diri dalam diari atau buku catatan, perasaannya lain. Ada lebih, ada kurangnya. Bila menulis dalam buku catatan, kamu bebas dan tenang menulis tanpa gangguan papan kekunci. Ah, sekarang orang tidak main tekan-tekan, semuanya menggunkan jari. Banyak sudah alatan canggih (hanya aku masih tradisional) Risiko menaip tanpa dicetak untuk simpanan ialah kehilangan. Bayangkan gajet itu rosak, semua yang tertulis hilang. Memanglah menjimatkan masa, hanya mahu aku sebutkan yang buruknya dahulu. Lebihnya sendiri banyak, jimat ma...