Skip to main content

Posts

perihal hari ini

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "senang sahaja. Anggaplah apa yang sedamg awak tulis sekarang ini tulisan-tulisan awal sebelum hasilkan jadi buku." "Sedang cuba menyiapkan pembacaan Anak Mat Lela Gila. Bacaan sebelum masuk tidur. Lima minit baca, lena. Tetapi baru beberapa bab baca, terentap! Benarkah buku ini ditulis lama dahulu? Isinya releven zaman kini." "Ke rumah ayah mertua rakan sekerja lepas jalan-jalan ke Kenangan Wholesale City (mengapa ya namana tidak sahaja ditulis pusat borong kenanga?) Terasa kerdilnya seorang Jamilah ... sebenarnya aku tiada apa-apa melainkan kisah semalam. Apa sudah aku lakukan hari ini" "Ayuh, bekerja hari ini demi esok!" "Eh, Solusi 57 sudah baca? Solusi 8 bakal menyusul..."

azam.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Hari-hari hanya ucapkan kata positif dalam diri, Positif.positif.positif. Biar positif sebati dengan diri. :) menyingkir ion negatif daripada diri.

cerita-kisah-drama

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. mengapa dalam ceritacerita perempuan digambarkan menderita, dipijak boleh dimainkan perasaan jadi tidak enak memandang kisah-kisah  yang semakin hari semakin terlihat mungkin sebab aku yang terus dan terus menonton babak-babak itu yang sepatutnya aku tidak tonton. Dalam banyak-banyak kisah aku memilih untuk menonton mungkin yang berbuat itu tidak salah, aku yang memilih sebab pilihan apa sekalipun yang sepatutnya terletak pada tangan aku. diri sendiri. banyak kisah baik tersembunyi sedangkan yang buruk-buruk makin ketara. ...

Menapak Dalam Bidang Kerjaya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 25 Jun 2013. Genap empat bulan aku bergelar subeditor Solusi. Kerja membancuh kopi, sapu sampah, letak krim dalam artikel tidak semudah dilihat. Seperti goyang kaki, hakikatnya perukan idea segar untuk menjadikan kerja tidak sekadar tangkap muat dan cepat siap. Namun, hasil akhir, tentu tidak sempurna. Berusaha mendekati kesempurnaan. Apa yang perlu ada pada seorang yang kerjanya mengedit artikel? cinta bahasa. cinta kerjaya. sensitif. mata yang peka. tahu dan faham tatabahasa, transliterasi (ada yang perlu diterjemah dan ejaan yang betul.) semangat. kemahuan. Semoga diberi kekuatan. :) * baru perasan Ulangtahun Solusi pada Ogos. Satu bulan dengan kelahiran aku nampaknya.

Sepetang di Kafe Biblioholic

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Selesai sudah membaca  Sepetang di Kafe Biblioholic. Buku yang aku nanti untuk membacanya. Dapat sepaket kopi dan penanda buku istimewa buatan Kak Ainunl Muaiyanah semasa membelinya. Cerita yang sederhana Watak yang sederhana, yang aku suka: kafe, kopi, teh, hujan, editor, kisah yang ringkas tetapi disampaikan dalam bahasa yang lembut. Syabas, kak Ainunl. p/s: tapi, kan ada kesalahan ejaan yang mungkin tidak disedari. :)

uia

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Siapa yang tidak rindukan tempat jatuh-bangun-kecewa-cinta-didismiss  Aku merindukan sungai keruh masjid biru kawan baik teman istimewa suasana harmoni guru baik. Dilontar ke mana jika dalamanny baik, baiklah semuanya. Jika dalamannya buruk itulah zahir. tiga bulan mengendali Solusi menolak tawaran ASWARA mengapa sisa kecewa bertamu?

Bengkel Intensif Penulisan Novel ISlami JUN ini!

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Ingin menghasilkan karya Islamik dan kreatif seperti HILAL ASYRAF?  Langit Ilahi,  Takdir 1; 2,  Relasi,  Hero,  Sinergi,  VT,  banyak lagi buku 'best-seller' yang telah dihasilkan oleh beliau. Mari sertai bengkel "PENULISAN NOVEL ISLAMI" dan belajar cara menulis Novel Islami bersama Hilal sendiri! Mereka yang sentiasa membaca novel, apa kata menjadi novelis pula. Ada pakej menarik! Yuran RM750. Sekiranya datang bertiga dapat potongan RM50 seorang. Sekiranya datang berlima, potongan sebanyak RM100 seorang! Mahu menjadi novelis? Bagaimana cara menulis novel yang bagus? Apakah tip dan teknik yang terbaik? Mahu mengetahuinya, ayuh sama-sama sertai Bengkel Intensif Penulisan Novel Islami. Penampilan daripada penulis terbaik Malaysia : Hilal Asyraf Ustaz Hasrizal Abdul Jamil Ummu Hani Abu Hassan Cikgu Wan Zayuhisham ...