Skip to main content

Posts

pesan buat jamilah i

peluang-peluang yang berterbangan tidak ditangkap tangan akan terlepas. Jarang sekali peluang berulang dua kali.  ************** berjalan jangan pernah berhenti. Kura-kura yang lambat juga sampai ke destinasi.  *************** Pesan sir Aznan: Jadikan membaca budaya hidup. Kamu tidak membaca sekarang, alam pekerjaan juga perlu membaca.

sudut di Dar Al-Hikmah

Ternyata bertemu sudut 'literature' di Perpustakaan UIAM nan agam membuahkan perasaan yang amat manis. Benarlah perpustakaan tempat paling mengasyikkan untuk melepak. Boleh bertemu sastera arab, melayu, inggeris, amerika latin, Jepun dan sastera seluruh dunia di sudut itu. Alhamdulillah, belum terlambat mengulit sudut itu sebelum UIA saya tinggalkan nanti. Amin. Perpustakaan empat tingkat ini terlalu mahal harganya walaupun buku bahasa melayunya sangat terhad. * mood peperiksaan sering dikacau minat nan satu. Esok dan Khamis peperiksaan pertengahan semester. * masih sempat mengemaskini walau masa makin cemburu untuk selalu di medan maya. * Khamis akan ke KL Sentral jam 11-2 petang. :) "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Sepuluh Catatan Buat November

1) 29 Oktober 2012, selamat sampai naskah Dandelion dan Trem ke Syurga. Menunggu lama sebelum membeli naskah ini. Apabila mendapat khabar naskah ini akan kehabisan stok, terus mahu membeli. Terima kasih  Dr Fahd Razy atas kirimannya. Wang akan dimasukkan kemudian, ya. Sejak 2009 saya mengumpul antologi GKLN dan hanya 3 naskah yang tiada dalam tangan. Melihat nama-nama dalam itu, sebahagiannya saya tahu tulisan mereka dalam dunia maya dan punya bakat luar biasa. Semoga Allah mengilhamkan mereka idea yang baik-baik. 2) Masih menanti kehadiran naskah Salina. Tahun lepas, setelah beberapa lama, barulah saya menghadam naskah Salina. Alhamdulillah, 2012, Salina bakal saya miliki. 3) Wafa Awla, Khamis ini ingat janji kita di KL Sentral. Ila Husna, penulis Friends Forever akan berada di KL Sentral sempena Pesta Buku Islamik 4 KL Sentral pada 1 November 2012 jam 11 pagi hingga 2 petang. (Wah, melihat jadual pada waktu itu akan ada Hilal Asyraf dan Iwan Reaz. :) ) 4) 4 November 201...

Tajuk Paling Mendebarkan

Ayuh mulakan separuh masa kedua semester dengan niat baru! Kelas "introduction to Mass Communication" hari ini belajar perihal buku . Berdebar pula saya berada dalam kelas itu. Disebut judul buku, saya tidak tahu. Paling utama mata bulat melihat pensyarah yang mengajar sebab teruja. Saya sangat suka apabila pensyarah melencong daripada apa yang ada dalam buku. Semalam. Pengalaman kedua tersekat dalam kesesakan lalulintas 8 jam lebih dalam perjalanan, memerhati gelagat  manusia, ada motosikal kemalangan, disebabkan kereta yang tidak beradab masuk ke laluan motosikal. Semoga tidak apa-apa. Berada atas jalanraya belajar perihal sikap manusia. Kembali kehidupan normal apabila nerbook kecil sudah dikembalikan kepada pemiliknya kembali menggunakan IBM saya yang sudah lima tahu berkhidmat. :) lalu ITD saya datangi selalu dan dapat kurangkan masa atas talian. gembira. minggu ini ada banyak acara, kuiz, assignment dan hal ehwal dir...

catatan pagi aidiladha

Allah menerima korban terbaik daripada hamba  Kisah Qabil dan Habil Kisah Ibrahim dan Ismail Kisah Hajar dan si anak kecil Ismail. "Mereka yang suka melihat sejarah dan mencari pengajaran serta mengamalkan dalam kehidupan akan berubah" "Zulhijjah, kemudiannya Muharam. Tentang Hijrah. " "Jangan pernah berhenti mencari diri. " Setiap kita melakukan pengorbanan walau dalam arena apa sekalipun. Pernahkah kau berkorban ? (letak tangan di dada dan tanya diri sendiri) ^^ Apa yang kamu nyatakan dalam perkataan, penulisan dan perlakuan, begitulah kamu mahu orang melihat kamu, dan Allah menilai semuanya termasuk yang tersimpan rapat dalam hatimu. Bisik-bisik mengganggu akal kadang harus diketepi, doakan yang terbaik. Belajarlah tepati janji! Berjanji semudah menjilat ais krim, cepat cairnya macam ais krim juga. Janji dilupakan, tidak ditunaikan. ^^ Buka mata luas - luas dan lihat sekelilingmu. Interaksi dan komunikasi. :) ...

Hani, Nurolsham Saidin

Bahagia sekali mengenalimu, wahai gadis manis bernama Hani. Gadis lincah yang diuji sakit barah otak yang hanya disedari ketika barahnya parah dan kemungkinan setelah dibedah sekalipun berjaya adalah buta. Tidak mudah mendidik diri menerima ujian besar dalam kehidupan meski sekeliling mudah memberi nasihat supaya bersabar. Namun diri yang mengalami, andai tidak diteguh iman dan sokongan yang tersayang, mudah sekali ia rebah. Membaca Hani mengingatkan aku kepada drama bersiri ini yang ditonton di TV 3.  Cuma aku suka kerana pengakhirannya berbeza dan subhanallah... kasih sayang Allah bersama setiap hamba dengan cara berbeza. Menariknya buku ini ia turut mengulas buku Bercinta Sampai Syurga yang ditulis ustaz Hasrizal. memetik bab-bab tertentu dengan pemahaman berbeza oleh orang yang berbeza. sungguh, bagaimana tulisan itu diterima oleh individu tidak sama penerimaannya. Saya suka buku ini, walaupun terasa sedikit kaku kala membacanya. Kisah seorang yang buta ketika berusia 17 ...

berfikir sebelum tekan butang "publish"

Berfikir banyak kali sebelum aku tekan butang "publish".  Tulis satu perenggan akhirnya aku padam. Tulis satu entri yang hanya tersimpan dalam "dtaft". Menulis itu perlukan hadirnya hati. Jika tidak apa yang ditulis kekal basi. (ah, berapa banyak tulisan yang ditulis hanya contengan dan luahan perasaan) Memilih aksara dan cerita untuk dikongsi boleh dikatakan kelemahan diri ini. Penulis blog ini suka benar menekan-nekan papan kekunci dan "publish" mana-mana entri yang dia rasakan mahu diterbitkan. Wahai pemilik blog ini, pilihlah aksara untuk diterbitkan. Fikir sebelum tekan "publish". :D # mahu tulis ulasan Ke Pulau Sebatik I dan Hani yang usai dibaca. Sedang mengulit Lentera CInta Albaicin sebelum Aidiladha ini. # 18 Muharam usia menginjak setahun lagi. .. Perlu ingatkan diri beberapa tarikh yang saya lupa bila ... # Insya Allah 1 November akan ke KL Sentral memeriahkan Pesta Buku di sana. Jam 11 pagi hingga 2 petang. Menyelit selang ...