Skip to main content

Posts

20. projek 2012

cinta atau sebab mesti buat! setiap tahun ada dalam kalendar harian mahu kembali tembusi majalah. Akhirnya catatan tinggal catatan. Mahu menjadi penulis mesti berani. Berani menunjukkan karya kepada pihak editorial. Jika tidak jangan perasan sendiri ada karya akan tersiar. Tahun-tahun mula aku di bidang penulisan, semuanya masih panas. Zaman itu belum ada blog, dan aku berani tonjolkan tulisan aku. Makin tahun nampaknya aktiviti itu makin mengendur hingga 2011 berakhir dengan hanya satu sajak di Varsiti. Aku tahu, bukan kuantiti yang perlu diperkata, tetapi sudah akhirnya karya yang ditulis tinggal berkarat dalam blog yang tidak berani diterbit dan sudah tidak boleh dihantar ke majalah, apa mahu buat. 2012. aku menyimpan angan sama.  mahu kembali tembusi pasaran, akhirnya sekali aku hantar dan aku senyap. usaha tahap ciput tidak usah berangan ada hasilnya. Senang berangan, mahu realisasikan perlukan pengorbanan dan kesungguhan. (hm, perlu kamu aplikasi seman...

Ramadhan nan manis

1 Ramadan datang. aku tersenyum, langit tersenyum. Petang 1 Ramadan nan ceria. saban petang punya ceritera berbeza, bagaimanakah mentari berlabuh hari ini? -5 Ramadan 1433 Saban senja, aku sering menjeling mentari yang akan beradu. Serakan warna oren dan biru yang bergabung ... memberi damai. " pada pengakhiran sebuah senja, matahari masih setia munculkan diri " pagi 11 Ramadan, saat aku berpagi-pagi di luar, mentari bangun pada mulanya segan-segan dan akhirnya penuh. Hanya seketika, awan bertukar mendung, angin mendesir damai, dan awan kembali mendung... -pagi 11 Ramadan yang manis. fasa kedua, bagaimanakah dirimu, wahai pemilik jasad?

21. Suara dalam kata dan gambar yang berbicara.

"Pada puisi yang mengganti suaramu Pada gambar kaku yang mengganti lunak bicaramu Benarkan ia terus bicara, Menggantti hadir dirimu. Tidak semua kata dapat diterjemah pada kata." “sekeping gambar dapat membicara seribu makna. ” Sering  kalimah itu membuncah dalam kepala. Spontan bibir mengukir senyum menatap gambar-gambar kenangan. Manis tersenyum aku dan dia. Gelak manja kami bersama. Indah. Terakam memori itu kekal ditatap saat diingati. Pernah aku bicara suatu ketika, “orang lain diberi kelebihan berkata dengan fasih dan teratur. Sedang aku sering gagal melontar makna dalam kata. Hati itu. Hati sering tidak sampai pada erti sebenar kata yang mahu aku luahkan. Lalu, sering tulisan mengganti semua perktaan. Aku bahagia begini. Aku percaya, setiap kelahiran bersama kelebihan. Allah Maha Adil. Tidak perlu aku cemburu, tidak pantas aku menanam iri pada sesiapa. Aku mahu menjadi insan sederhana yang mengenal erti syukur. ” “pada puisi, aku ...

22. kesakitan nikmat tidak terbayar.

Dalam banyak-banyak nikmat yang Allah berikan, ada pesanan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW tentang lima perkara. 5 Perkara yang sudah terhafal sejak sekolah. Lima perkara yang sebenarnya ada dalam kepala, cuma adakah diri menyelam maknanya. Kumpulan Raihan ada mendendangkan: ingat lima perkara, sebelum lima perkara sihat sebelum sakit  muda sebelum tua kaya sebelum miskin lapang sebelum sempit. hidup ... sebelum mati. saat sihat, diri sering lupa akan hadirnya kesakitan. Seakan badan yang dipinjam akan sihat selama-lamanya.Digunakan jasad nan satu itu  melakukan pekerjaan sehingga terlupa menyebut "alhamdulillah, Allah berikan aku kesihatan yang baik hari ini." Suatu hari, organ bernama perut meragam tidak berhenti. Semalaman kita tidak dapat tidur. Semalaman kita hanya berbaring ke kiri dan ke kanan, mata tidak juga terpejam. Saat itu, barulah kita terfikir. Indahnya saat sihat dan kita dapat lena tidur. Indah sihat mulut dapat menjamah hidangan dengn bai...

23. tulisan dan bicara cerminan empunya diri

Bicaraku pada tulisan adalah refleksi kehidupan sebenar walau sekeras mana aku membantah. Tulisan tidak dapat menipu, sebagaimana pancaindera akan tetap bereaksi walaupun bibir berkata lain, hati maksudnya lain. Tulisan itu cerminan penulisnya. kata-kata refleks diri penuturnya. Usah dinafi. Jangan dikata tidak. Macam aku. Sering aku tulis begini. : tulisan ini tiada kaitan penulisnya. Hakikat sebenar, pembaca dapat membaca diri penulis hanya pada baris kata... Maka, wahai penulis, tulislah yang baik-baik sahaja.

24. mimpi-mimpi berserakan

berani bermimpi tidak bermakna hanya hidup dalam mimpi "bermimpilah. tanam dalam diri semua mimpi biar kelak menjadi realiti. Tidak mengapa gagal melaksana mimpi, asal mimpi memandumu menuju hari esok. Mimpi tidak sekadar mimpi. Dibantu usaha menjadikan realiti. Doa tidak berhenti. Berjalan walau setapak demi setapak langkahmu. Allah. Mimpi menjadikan dia berani menanam impian. Biar nampak mustahil, namun apakah yang mustahil bagi Allah. Hamba merasakan tidak mungkin, pada Allah, kun fa ya kun. tuliskan mimpi-mimpimu dan pasakkan dalam diri. Biar kelak suatu hari itulah realiti. Dan dia harus lebih berani bermimpi!" -ila husna 2012|| usah takut bermimpi setinggi langit selagi kamu tundukkan dirimu serendah mutiara di lautan menjadi lain itu tidak mengapa asalkan 'lain' itu menjadikan kamu istimewa. tidak mengapa kamu punya banyak kekurangan, asalkan kekurangan yang ada menguatkan jasadmu membuat perubahan. Semuanya baik-baik sahaja, selagi kamu punya ...

Pra-hadam Rintik-rintik hanya singgah

blogger kusujud.blogspot.com 27 julai 2012, rintik-rintik hanya singgah selamat kuterima. Naskah pemberian pengarang bersama catatan menjadikan ia  istimewa. tidak sabar mengulit kata-demi-kata lantaran meninggalkan satu baris menghilangkan kedalaman maknanya. "kamu tahu Rifqi, kamu lupa sesuatu dalam matlamatmu." "Apakah yang saya lupa?" "Tuhanmu..." -Rintik-rintik hanya singgah, jamal ali kata-kata disampai daripada jiwa tempatnya juga di jiwa. jujur tidak sabar mahu mengulitnya hingga selesai. Naskah wajib baca para pencari hikmah. Susun katanya buatkan aku perlu baca ayat demi ayat.   Usai hadam, pasti aku simpulkan bacaan itu.  kredit gambar: antologi dunia jamilah mohd norddin iium.