Skip to main content

Posts

"Kita nampak apa yang kita mahu nampak, dan kita dapat apa yang kita mahu dapat. Walaupun ia lintasan dalam hati, Allah Maha Tahu segala yang hamba sembunyikan."

nota 1

"Jangan bersedih. Allah bersama-sama kita" -kata-kata Nabi Muhammad kepada Abu Bakar yang menemani banginda di Gua Thur ketika berhijrah ke Madinah. Kesetiaan seorang sahabat yang akhirnya baginda sendiri mahukan beliau menjadi imam ketika baginda gering. Baginda tersenyum apabila Abu Bakar yang mengimamkan solat. Kata rasul: kita bersama dengan apa yang kita cintai... Bagaimana mencintai tanpa mengenali? Aku belum mengenalimu, wahai Rasul, bagaimana cinta akan hadir dalam hati ini.. dalam sebuah buku aku terbaca, kita boleh mengenal rasul dengan membaca sirah baginda... Ah, Fiqh Sirah sahaja belum pernah aku sentuh. ...aku tidak tahu selagi aku tidak diuji. Apakah aku mengira beriman sedangkan aku belum diuji? Ujian boleh datang dalam bentuk kesenangan, malah perasaan dalam diri. Akhirnya, tahniah buat yang bakal-bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi.. Semoga gemilang dunia Akhirat. Wassalam...

Buku Kedua sebelum Mati?

"Satu buku sebelum mati." Itu yang akan aku jawab apabila ada kawan yang bertanya buku seterusnya. Aku tidak merancang, tidak pernah merancang untuk menulis buku seterusnya. " Friends forever " yang terhasil daripada bimbingan Puan Azmah Nordin hadiah berharga buat diri sendiri... Ia sebuah cerita. Kisah yang ditulis seorang gadis yang ketika itu berusia 18-20 tahun. Manuskrip asal dengan nama "TEKAD" terhasil kerana ada keinginan.. Allah permudahkan jalan hingga akhirnya, aku melihat buku itu di rak kedai buku... Sehari dua ini, dalam kekalutan yang dibuat oleh diri sendiri, keinginan itu hadir semula. Hanya keinginan yang tidak belum ada usaha bergerak ke arahnya. Ada yang menyekat diri sebenarnya. Imaginasi tidak bergerak bebas, apabila ada sesuatu yang menyekat minda. perkataan HIPOKRIT selalu hadir dalam relung fikirku sekarang... Allah kata, pohonlah kepada Allah, pasti Allah tunaikan. Aku belum usai membaca friends forever kerana sampai ke muka te...

Semoga

perasaan, segera sembuh. hati, segera sihat. tulisan, segera datang...   Rindu. Saat tulis baca itu rutin.   Siapakah menggerakkan selain dirimu?   ~lu'luah nur jamilah _____________________________ *sudah tiga minggu di UIAM, diri masih lintang pukang. Kelas jam 8, 7.45 baru siapkan diri. Sedangkan, masa lapang sangat luas... Masa berehat, makan, apatah tidur sentiasa cukup... Ke kelas, mulut masih menguap... Hm, rindu menulis sebenarnya... Jadi, berhenti cakap yang negatif!

Hatiku

Kanvas hati, Putih atau kelabu? Bukat kelam diselaput dosa? Ruang diberi beratus kali, Peluang diunjuk ribuan kiraan, Petanda dilihat saban hari. LIhatlah, Ruang paling dalam relung jiwamu, Lompong kebaikan pohon diisi. Allah, Bangunkanlah. Ngeri benar mimpi ini. 11.02.2012

Sihat Sebelum Sakit

         Kesihatan anugerah paling mahal. Berjuta wang yang dilaburkan tidak dapat membeli nikmat ini yang asal. Allah pinjamkan kita tubuh badan yang sihat. Acapkali diri terlupa akan nikmat ini hingga datang siren kecemasan menandakan tubuh perlukan energi yang cukup. Sering hinggap di telinga kata-kata: “ketika sakit barulah kita ingat nikmat sihat.” Sebatang gigi yang sakit, seluruh badan terbaring tidak bermaya. Kepala yang berdenyut, sekujur badan tidak selesa. Allah, mahalnya sebuah anugerah bernama kesihatan. Ya, semua yang Allah berikan mahal. Diberinya percuma tanpa bayaran... Makanan sering dikaitkan kesihatan badan yang merosot. Salah makan, sakit perut. Silap makan, cirit-birit. Suka makan makanan segera, ada kesan sampingannya.. Sebab itulah badan perlu diberikan makanan yang baik-baik sahaja. Badan kita kilang yang ada bermacam fungsi. Tersalah makan, berubah fungsi. Tersalah guna, binasa badan. Jadi,  marilah kita menghargai ...

Kunci Diri

Mencari kunci yang dapat membuka hati. :) " Sampai bilakah ingin hidup begini? Ingatlah wahai diri, kunci syurgamu pada ketaatan kepada ibu dan ayah. Menyanjung guru, membuat yang wajib, meninggal yang mungkar. Tahulah kamu bahawa kehidupan akan fana, mausuk tanah meninggalkan semua. Diri, berusahalah untuk KUAT dan tidak menyerah atau mengalah. Lihat saat diri berada di atas, berusahalah untuk berada di situ." -lu'luah Nur jamilah