Skip to main content

Posts

2. melontar perasaan

gambar boleh bercerita seribu kata. yang tidak terlontar oleh madah bicara bisa membuatkan tersenyum dan duka hanya hati boleh menilainya. menghargai peluang yang hadir, melepaskan semuanya pergi membiarkan segalanya berlalu BERTAHAN. Insya Allah. proses belajar yang masih panjang, exprementasi kehidupan melakar sesuatu pada kanvas kosong. 095029032011@singgah seketika... :)

1. melepaskan buih kecewa.

Dalam kehidupan ini tidak semua perkara mampu untuk kita hadapi dan ada ketikanya ia mengambil masa yang sangat panjang untuk menerima perubahan yang berlaku. Mungkin ia berlaku secara drastik hingga menyebabkan seluruh jasad tersentak dan mengambil masa untuk bergerak. Untuk permulaan baru ini biarlah aku mulakan dengan sesuatu yang bersifat positif. Buang semua fikiran positif yang berada dalam diri dan bergerak. BERANI . Allah, terima kasih menghadirkan seorang insan-insan yang membuatkan aku tersedar. Mungkin belum sepenuhnya sedar namun sedikit terjaga daripada lena. Sedikit-sedikit bangun, semoga ia tidak jatuh semula. Seorang insan yang membuatkan aku teringat apakah sebenarnya tujuan aku dihantar di sini dan seorang lagi insan yang membuatkan aku teringat pada wajah seseorang yang jauh di mata. Seseorang yang membesarkan aku. Sesungguhnya itu saat yang pasti tidak akan aku lupa. Cukuplah sebagai permulaan kisah baru manuskrip bawah meja. Ianya memang hanya contengan biasa. Seka...

terima kasih

semoga Allah beri yang terbaik untuk mereka. doaku. doa untuk mereka. yang banyak berkongsi segala, walaupun punya teman sepertiku. Allah, Hanya Engkau Tahu yang terbaik untuk diriku, Semoga. Allah, berikan yang terbaik utnuk kehidupan dia, kerana hati itu berkali-kali aku calarkan, sembuhlah...
aku tak tahu nak cakap apa, yang penting perasaan tu not recovered yet! walaupun aku tahu yang aku tak boleh duduk soorang

happies...

update juga.

menulis juga akhirnya. Hanya sehari saya dapat bertahan untuk privatekan blog ini, lalu hari ini saya biarkan ia terus bersuara. Sungguh saya tetap mahu menukil kata walaupun ia hanya sebuah coretan mainan perasaan seorang saya... Semalam berlalu dengan perlbagai rasa yang bermain dalam jiwa. Sekejap ia pergi sekejap ia kembali lalu aku hanya membiarkan kaki untuk terus melangkah. Semuanya berakhir kini aku sedia menghadapi walau apa yang terjadi. Pertemuan yang  menyebabkan aku mahu lari ke tebing tinggi dan menjerit sekuat hati, penerimaan surat cinta yang menambah luka pada hati seseorang, kebaikan para pendidik.. sahabat yang terus berdiri di sisi dan membantu hingga semuanya selesai.. akhirnya saya sudah menyusahkan semua orang..... semua orang.. semua orang... perasaan itu yang bermain biarkan saya luah dengan aksara lantaran mulut ini terkunci untuk bicara. Hanya ucapan terima kasih tidak terkira kerana kalian sangat mengambil berat sedangkan diri hanya mahu ia berlalu sep...

kelu

aku sudah tak tahu nak cakap apa, duduk atas kerusi, tulis apa yang mahu dikata sejujurnya perasaan belum reda kecamuk sedih suka duka semuanya bercampur. sedang sebetulnya hanya aku menunggu mereka, mereka mereka mengapa kalian terlalu baik?