Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

Lega

Perasaan apakah yang tersimpan dalam diri aku? Semalam, perasaan itu menjerit mahu keluar. Aku tidak dapat bercerita kepada orang lain. Aku tidak tahu mahu bercerita kepada siapa.  Malam itu.  Aku tutup semua lampu. Sekalipun aku lebih selesa tidur lampu terpasang. Cuba menutup mata. Perasaan sedang berlagu. Lagu duka.  Perlahan air mata menitik. Satu. Dua. Tiga titik... Aku biarkan. Aku layan.  Aku rindu air mata. Entah bila kali terakhir air mataku jadi teman. Jadi kelegaan. Setelah air mata gugur, aku lega. Aku boleh tidur lena. Seketika.  Jam 12 aku terjaga. Buat itu ini, sambung tidur... Aku lega, pada malam itu.  Tulisan Aku masih selesa bercerita melalui tulisan. Bersepah tulisanku di mana-mana. Cerita sama. Gaya sama. Aku memilih kata-kata yang mahu aku lontar. Aku simpan baki dalam diri. Atau dalam diari.  Kata-kata aku bukan suara besar. Banyak luahan. Cerita harian. Tentang aku... Lega, setelah menulis.  Semakin tua, kepala makin bising...

September Menjengah

"Cik belum bank in duit bulan ini." Sudah beberapa hari aku berkira-kira mahu mesej beritahu minta tangguh bayar duit sewa bulan ini. Elaun belum masuk. Aku harus menunggu sebelum boleh bayar duit sewa. Ya. Masih berdegil duduk seorang.  Terima kasih kerana menanti. Bukan sengaja mahu melewatkan, memang perlu duit masuk untuk aku keluarkan duit membayar itu ini.  Itu pun aku masih seperti aku setahun yang lalu. Seolah-olah semua baik-baik sedangkan sedangkan ada ketika aku pura-pura okey. Entah kepada siapa aku berpura... September berlagu. Aku masih sendu.  Semoga aku sedar diri.