Lokasi: Dalam KTM menghala ke Tanjung Malim. KTM tidak terlalu padat, namun tiada tempat untuk diduduki seperti biasa. Perasaan dia biasa, tiada rasa tidak sedap badan atau apa. KTM bergerak, dan entah mengapa ingatan tentang cerita-cerita Ramadan hadir dalam ingatan dia... Tragedi dan kisah Ramadan tahun-tahun lalu. ....Melepasi stesen Segambut, dia terasa badannya tidak stabil. Pergolakan apakah yang sedang berlaku dalam badannya? Dia bersandar di dinding, sebelum kepala terasa pusing dan bayangan hitam semacam akan menerpa. Perlu duduk. Dia perlu elak daripada terpitam sekali lagi dalam KTM. Reaksi spontan selamatkan diri. Dari berdiri, dia terus mencangkung di lantai KTM. Gelap sesaat. Dan semua yang di depan nampak samar-samar kemudiannya. "Cik, duduklah." Gadis itu menawarkan tempat duduk. Mahu dia jual mahal lagi, sebab hanya tinggal satu stesen. "Duduklah sekejap." Dia mengalah. Duduk dan pejamkan mata. Sekejap, sebelum pengumuman KTM sudah s...
catatan untuk mengabadikan