Bergelas-gelas lagi air mata yang tumpah setahun ini. Air mata seorang perempuan yang hanya tahu peduli tentang hati sendiri. Seorang yang pentingkan diri sendiri, tanpa pernah memikirkan perasaan orang lain. Aku. Terkadang, aku sangat terasa perlu seseorang yang dapat menampar aku berkali-kali. Agar aku lekas kembali menghadapi dunia realiti. Meski aku melalui hari seperti orang biasa, aku sikap yang aku enggan ubah. Aku akan buat yang aku suka, dan tinggalkan yang aku tidak suka. Aku tidak mampu berpura-pura suka dan lakukan sahaja hal yang aku suka. Ya, selagi aku cinta, aku akan melakukannya. Walaupun hasil tidak setara mana. Jika ada rasa tidak suka, beri aku semangat setinggi mana sekalipun, alasan aku melebihi semua. Jalan ini tidak mudah. Terlalu ramai yang berkorban. Sudah banyak wang yang dilaburkan. Kadang, aku makin keliru dengan keputusan yang aku sendiri buat ini. Bertitik-tolak kepada diri aku sendiri. Sehari dua ini, aku rasa kian sunyi. Sunyi dalam keramaian....