Seringkali kita nampak dan ingin yang tiada depan mata. Macam mengejar fatamorgana yang nampak macam nyata hakikatnya tipuan semata-mata. Kata syukur. Yang digabung dengan sabar. Sebab syukur melahirkan sabar. Sabar dengan semua perkara. Sabar juga dengan diri sendiri. Bercakap hal ijazah yang tidak selesai itu, jawapannya aku tidak sabar. Ya, lain-lain sebab banyak sebab main-mainnya aku dengan diri sendiri. (pengajaran), hakikatnya kesabaran itulah. Sabar belajar yang tak ada. Dan sekarang. Sudah elok-elok bekerja, terfikir-fikir mahu belajar semula. Memang aku tidak fikir lain. Ijazah. Atau paling kurang diploma. Memang tidak apa tidak ada, tetapi kena ada sebab kehendak pasaran. ;) Sebab orang tidak akan pandang pengalaman, orang akan lihat sijil jua akhirnya. Baik. Ya, mungkin akan ada kata-kata, apa yang kamu mahu kejar? Nak kejar ijazah? Tidak lagi... Dah makin tua begini, yang dimahukan adalah isi pengajian itu... Sebab dunia kerjaya tidak melihat sijil untuk kau b...
catatan untuk mengabadikan