Kembalinya aku ke kampung beberapa hari yang lalu, teringat aku akan suatu perkara. Semasa aku belajar di UIA, aku pernah berkata, aku nak kerja. Tidak mahu lagi hanya mengharapkan duit ayah, minta pada kakak-kakak. Aku ada keinginan yang tinggi mahu beli buku yang aku suka. Buku kawan-kawan. Majalah setiap bulan.Walau aku hanya belek, aku masih suka beli. Aku bukan mudah membeli baju, namun senang memilih buku. Aku kata, aku penat belajar. Itu titik mula kejatuhan aku. Aku tiada semangat, main-main, banyak yang aku tidak endahkan. Pengakhirannya, pengajian aku ditamatkan kala aku hampir tamat pengajian. Itu salah satu pemberontakan aku. Pemberontakan dalam diri sendiri yang terzahir. Akibatnya, aku yang tanggung. Sekarang, aku bekerja. Boleh beri duit pada ayah walaupun tidak banyak. Boleh beli buku aku mahu dengan duit sendiri. Bukan gaji besar atau kecil persoalannya. :) Aku minta ke ASWARA konon mahu sambung belajar sudah dapat, aku tolak. Semoga ini kegembiraan. Aku te...
catatan untuk mengabadikan