"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 2.26 pagi. Mata enggan terlelap. Jemari aku larikan pada papan kekunci. Perut mula berkeroncong walaupun sudah diisi petang tadi. Tidak boleh dilayan selalu. Perasaan yang indah-indah sudah jarang aku rakamkan dalam gambar dan tulisan. Kesedihan seakan tiada lagi dalam diri. Aku berdiri sebagai aku yang tidak punya perasaan apa-apa dengan kejadian dan situasi silih berganti dalam diri aku belakangan ini. Aku serapkan semuanya dalam diri. Macam span yang boleh serap air sampai kembung. :D Oktober nanti, mereka akan bergelar graduasi. Semoga aku ada pada hari itu, menyaksikan teman bergraduasi. Andai aku ditakdirkan tidak bersama kalian waktu itu, hanya salam yang dapat aku sampaikan. Aku bangga punya teman yang graduasi dari UIAM. :D Bersabar dalam pengajian perlukan kekuatan diri dan ketabahan. Bukan itu sahaja. Kesabaran jua. Aku tidak sabar dan melayan diri yang kurang be...
catatan untuk mengabadikan