..PESANAN BUAT DIRI SENDIRI.. Aduhai sebatang tubuh yang dipinjamkan sebelum bertemu Yang Maha Satu, Di manakah kau letakkan selayaknya dirimu? Menjahanamkan ia ke lembah maksiat penuh kedustaan, Atau membimbingnya menuju jalan Tuhan. Hampir dua dekad kau menumpang, berteduh, bermain, Tidak Tuhan ciptakan hidup sekadar pura-pura dan main-main, Relesiasikan matlamat, Berjaya di dunia, cemerlang di AKhirat. Usah kau mimpikan jaya, Andai iman kontang di jiwa, Jangan kau igaukan kekayaan, Jika hati setandus tanah rata. Selalu, Bukan sesekali, Bukan kau selak dalam diri, Ikhlaskah sujud saban hari, Fahamkah kita makna kalam ilahi, Atau baca tanpa memahami. Aku menasihati diri, Kau sering mimpi di siang hari.. 7 Mei 2009 MAktabah level 2, CFS IIUM. ***** Assalamualaikum... Alhamdulillah, aku berada di minggu-minggu terakhir di Nilai, Insya ALLAH... Short sem yang pada awalnya aku hadiri kerana menurut kata hati meninggalkan m...