Assalamualaikum, Sekadar catatan pagi minggu. Aku pasti semalam tentu ramai yang bergelap menyambut seruan 60 earth hour.. Kempen selamatkan bumi.. Alkisahnya aku tidak bergelap semalam kerana di masjid Putra tidak bergelap dan aku di situ kerana ada talk bertajuk "Apabila Baju Melayu bertemu Baju Kurung." Pertama kali melihat tajuknya aku sudah dapat mengagak yang ianya tentang cinta, couple. Tapi aku nak juga pergi daripada aku di bilik, tidur. Ahli panelnya semua berkelulusan luar negara. Menarik juga walaupun di hujungnya mata sudah disapu celak oleh syaitan. Ya, kembali kepada topik. Panel pertama mengatakan seronoknya pada hari akad nikah hinggakan kata isteri beliau tiada lagi senyuman semanis itu setelah mereka melangkah ke alam perkahwinan.. Ada suka, syukur dan terbeban kerana beliau (suami) ada tugas untuk memimpin orang lain seumur hidup. Bukan senang, betul? Cukup senang kita berteori dan memberi hukum, couple memang haram. Namun jika dilihat kembali ...
catatan untuk mengabadikan