21 November 2013

Dua Dunia

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Lapan bulan. :)

Dunia editor dan penulis.

Dunia yang nampak dekat, sebenarnya ada sempadan memisahkan! Saat kamu asyik menulis, ketepikan seketika sisi editor untuk memberi ruang penulisan itu lancar. Selesai menulis, pegang pula peranan sebagai editor karya sendiri. Suntinglah karya tersebut sampai kamu puas hati sebelum dihantar ke rumah penerbitan. Editor gembira menerima karya yang bersih. ;)

# 2004, saya menghantar cerpen pertama yang meleret dan terlalu lewah. Rasa saya, lebih separuh yang terpaksa dicantas editor kerana terlalu panjang untuk dimuatkan dalam Dewan Siswa, dua muka cerpen. Terima kasih tuan editor yang mencantikkan karya itu.. Sekarang, sedikit faham peranan editor. :)
# Pernah juga menghantar karya bertulisan tangan (biasalah, anak sekolah). Ada editor yang baik hati menyiarkannya... Kasihan pula beliau harus menaip semula. (Sekarang, ada juga menerima karya bertulisan tangan, malah ada yang menaip sendiri. Subhanallah, usaha mereka!)

(Facebook Jamilah Mohd Norddin)

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Semua ini adalah proses pembelajaran dan menuju kematangan.

Maya said...

Ila Husna,semoga terus menulis ya.saya pun suka menulis juga.Tapi,kalau tulis cerpen itu selalu separuh-separuh.Selalu hilang idea bila perenggan kedua dan ketiga..:)