Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

Orang Sibuk Ada Masa

Teringat pesanan seseorang, hanya orang sibuk tahu dan pandai menghargai masa. Ya, memang benar. Jika kita sekadar duduk kita akan rasa yang kita bosan, tak tahu nak buat apa dan mahu membazirkan masa. Tapi bila dah sibuk tu, semuanya dapat dilakukan dan dapat dilangsaikan pula. Kita akan ada semangat dan mahu siapkan juga tambahan pula ada masa yang menghambat. Pastinya hanya orang sibuk yang ada masa.

Rumah Baru

Hari Sabtu ini akan bertukar ke rumah baru. Alhamdulillah, dekat sangat dengan perpustakaan. Tak pergi lagi memang tak tahu nak cakap apa. Semoga tempat baru memberi semangat yang baru untuk diri dan kawan-kawan yang lain. Tak sabar sangat sebenarnya. Walaupun hanya iuntuk beberapa minggu, cukuplah. Tapi masih tak dapat lupakan rumah lama, dekat dengan kelas dan senang nak cari makanan. Tapi sini dekat dengan library. Satu keistimewaan.

Masuk Sem Baru Dah

Usai juga cuti lebih sebulan. Bermulalah semester baru. Short Sem. Sem ini aku cuma mengmbil Arab level 4, belejar maharat Kalam, Qiraah, Istima' dan Kitabah. Kalau dalam bi tu, Reading, writing, listening, speaking. Memang agak berasap juga sebab seminggu ada 36 jam.Sepatutnya seminggu 18 jam, short sem, jadi semuanya ganda dua.Kelas agak padat. Tak ada le ruang nak main-main. Hari pertama kelas kalam(speaking) ustaz dah tekankan, kena banyak cakap. Kamu pelajar bahasa rela atau tidak kena bercakap, bahasa boleh menjadi lebih tajam jika diguna selalu. Bukan simpan dalam poket. Jangan asyik senyum, bukan kelas untuk senyum, kelas kalam. Hm, ustaznya masih muda, graduan UIA juga. Seronoknya Ustaz suka sesuatu yang terkini. Mengajar bawa note book. Ustaz ajar qiraah juga. Setiap topik disediakan slaid. Barakallahufik.. Ustaz memang mujtahid sampai baru tiga hari mengajar suaranya dah serak-serak basah. Apa-apa pun aku doakan suaranya kembali seperti biasa minggu depan. Aku mema

Rama-rama Nakal

ini sebenarnya entri yang aku siapkan untuk kali ini. Malangnya kerana ada sedikit masalah, tak dapat ditunaikan hajat tu, usai berbicara bersama seorang teman semalam teringat untuk menulis sesuatu, almaklumlah sebelum ini sebulan terbiar... Jika entri tu dapat disiapkan semula, aku akan masukkan kembali. :) Dah seminggu short sem. Hari ni dapat guna internet free, aku lepak di pusat sumber, selamat duit, jika tidak mungkin lenyap 6 ringgit bayar duit komputer. Seronoknya... Tapi ingat, datang sini untuk belajar bukan untuk buat blog saja, peperiksaan dah dekat pun.

Buku Hangat Dibaca

TAJUK: TUHAN MANUSIA PENULIS:FAISAL TEHRANI Sudah lama sebenarnya saya mendengar tentang ‘Tuhan Manusia’. Nak dibeli ongkosnya sudah susut, jadi bila ada kawan sudi meminjamkan, saya macam orang tak makan tiga hari diberi nasi, memang terus mengangguk. Tambahan pula bila Abang Faisal sendiri yang menggalakkan supaya dibaca buku ini. Bermula pagi 5 Februari, saya selak muka pertama. Ketika menunggu teksi datang untuk ke stesen komuter Nilai. Sejam perjalanan ke KL Sentral terasa cepat. Sebelum ini, saya sudah semak sekali imbas. Mengasyikkan. Perjalanan ke Kulim dirasakan bermanfaat(Walaupun ada juga masa yang saya tidur). Bila menelusuri karya ini, saya bayangkan Abang Faisal sedang mengenang zaman persekolahannya. Saya tak pasti benar atau tidak. Memang agar sukar faham bagi saya kerana beliau menggunakan ganti diri kedua, engkau. Tapi bila ditekuni, kelainan itu menjadikan novel ini ‘lain’. Saya dapat rasakan tentu rumit juga proses penghasilannya walaupun beliau berjaya habiska

Memori MPR

BERKONGSI KISAH TAJUK: MEMORI DI MPR Kehangatan masih terasa. Gelak tawa rakan-rakan yang turut menyertai masih menjengah kotak fikiran. Tidak betah dan tidak mahu diri melupakan momen-momen indah di MPR 2007. Masing-masing punya rencah dan peribadi yang menghidupkan suasana. Aku mulakan catatan ini dari mula. Kebetulan aku tergerak melawat sesawang DBP dan di satu ruangan aku terbaca tentang MPR. Boleh memohon seandainya mahu menyertai MPR tahun ini. Aku tentu sahaja teruja. Mahu mengubati lara tidak dapat menyertai MPR 2005. Aku hantar borang tawaran bersama salinan karya yang tersiar di majalah. Tanpa menertakan yuran pendaftaran. Esoknya aku menerima panggilan daripada Kakak mengatakan surat tawaran MPR sampai. Aku terkejut juga, mustahil semalam hantar hari ini dapat balasan. Rupa-rupanya itu surat tawaran ke MPR. Ayah pada mulanya agak berat membenarkan untuk aku pergi. Aku sepikan sahaja, tak memberitahu yang aku telah menghantar surat permohonan menyertai MPR. Ayah tak tahu