Tidak lagi konsisten menulis di sini. Namun aku masih menconteng di mana-mana yang boleh. Namun di sini tempat sunyi yang sangat seronok untuk aku bercerita. Jika ada yang membaca, mereka akan membaca dalam diam. Dan aku menulis dalam cerita. Cerita-cerita yang aku tidak catatkan di sana, aku tuliskan di sini. Semalam, 30 Syaaban 1442H. Hari yang bermula dengan drama apabila suis dalam bilik tidak boleh dihidupkan. Kerana tuan rumah berpesan, apa-apa beritahu dia terlebih dahulu sebelum panggi orang baiki, aku patuh. Menunggu aku orang yang akan baiki sehingga petang. Pak cik yang akan baiki ada kerja di luar, hanya dapat datang pada waktu petang. Aku okey. Alkisah semalam hujan diselang seli kilat dan petir. Jam 7, tiada yang datang. Syukurlah bilik ini tidaklah panas sangat sebab ada angin dari luar. Tetapi, dua kali jugalah aku berlarui tidur di merehatkan diri, tengah hari semalam. Oh, ya. Aku sedang latihan industri sekarang. Tetapi semalam aku buat hal. Adalah ki...
catatan untuk mengabadikan