1402 hari sebagai subeditor Majalah Solusi. Kadang, kita teringat kembali, apakah yang membuatkan kita dapat bertahan. Apa pula yang menguatkan kita untuk mencuba hal-hal baharu. Kata orang, kalau sayang tinggal-tinggalkan. Sebab pemergian kita akan diganti dengan tenaga baharu, idea baharu. Hampir empat tahun bersama tuan Editor Solusi. Sejak tahun pertama, baru beberapa bulan, keliru mahu sambung belajar atau bekerja. Akhirnya memilih untuk mengaut pengalaman di sini. Setiap hujung tahun, tuan Editor akan menerima khabar, saya nak pindah. Akhirnya, tarik semula keputusan kerana sayang melebihi keinginan. Maksimum 3 tahun aku di sini. Itu kataku dahulu. Ya, aku manusia lekas bosan. Sehinggalah Solusi akan memasuki isu 100. Dan aku bertekad. Tiada kerja lain, tanpa alasan kukuh, aku hantar surat berhenti kerja. Hampir lapan bulan tanpa kerja tetap, hingga akhirnya direzekikan masuk ASWARA. Bermula perjalanan 3 tahun seterusnya. Setiap perjalanan tidak mudah, namun kita haru...